Sunday, February 27, 2011

Reunion SKTJ :D

HAI ~

Ari ni 26 hari bulan. Dah nak masuk 27 pun pukul 12 malam ni.
Tadi siang ada reunion sama budak budak sekolah rendah dulu.
Wahh, mmg lama sangat tak jumpa dorang. Cuma kadang kadang
ada la terserempak kat kawasan perumahan aku ni kan.
Dulu muka tak matured je. Sekarang sume da lain. Makin kacak lawa 
mereka mereka.  HEHEHE ~
Erm kitorang makan makan kat KFC , then pergi lepak kat taman tasik.
Walaupon event ni tak berjalan lancar sangat tapi alhamdulillah
semuanya oke saja. Best la gak ~ HEHEHE ..
Cikgu kesayangan aku pon ada join sekali. Cikgu Jamilah my lovee. HAHA :D
Sayang cikgu lebih laa ! :)
Jom survey gambar. ehehee :p

fisheee :) yummy yumm ~

my beloved teacher, ha laki tu kawan kawan.

syud, hikmah, tiqah uloom :)

farah, amel, sahiira :)
ohh, aku kurang jelas dgn mereka, igt igt lupa. haha.


friends lelaki :]

hik hik hik, posing jangan tak posing :)

friends perempuan :)

kat taman tasik, gambar tak bnyak. hehe ;p
SEKIAN ~




Friday, February 18, 2011

Uwahh! Pengalaman di OT :)

Oke semua ! Eh eh lupa nak bagi salam. Terover excited la pulak :p
Orait , assalamualaikum ye ~
Nak tau tak, aku dah kerja sekarang.... Saja saja nak isi masa lapang.
Dari aku dok tanam anggur kat rumah, baik aku kerja. Kan kan kan :p
Aku rasa pengalaman kali ni sangat best best ! Betul, tak tipu langsung..
Nak tau kenapa bes? Sebabnya, sekarang ni aku keje dekat hospital.

Boleh la aku nak timba pengalaman sikit sebelum aku pulak
yang bakal menjadi doktor satu hari nanti. HAHAHA,

tapi tak tahu la bila yekk. Berangan je lebih ni. Angan angan cik anum ahhaks~
Banyak benda aku dapat tengok.. Dapat tengok doktor bedah orang,
dapat tengok baby lahir ikut perut (maknanye bukan keluar secara normal la),
dapat tengok doktor potong kaki orang, dapat dengar doktor doktor ni
berlagak diaorang je boleh speaking  English..Ceytt !
Eh eh yang ni takde kaitan pon sebenarnye. HAHAHA ~

Well, aku sebenarnya seorang cleaner di bawah RADICARE aja.
Kau orang jangan nak pandang rendah tau kat
pekerjaan macam ni. Bukan hina pon. Kami pencuci yang yang
mencuci segalanya. Kalau kami takdek, kau orang nak cuci ?? Huhu ;p
Asalkan keje tu halal takde apa yang nak dimalukan. Kan kan kan ?

Kat hospital ni aku ditempatkan dekat OT .
Haa, korang mesti tak tau ape itu OT . Agak agak ape ye?
Over time, Old town ? HAHA, semua salah.
OT means Operation Theater iaitu dalam bahasa melayu dewan bedah.
Segala jenis pembedahan buat kat situ la. Mata la, tulang la, caesarean la,
tulang patah la, bedah perut la, macam macam la. 
OT sangat special coz org tertentu je bole masuk dan kami
la orang orang bertuah tu. AKU RASA MACAM VVVVIP LA PULAK. ahaks.
Pelawat aka waris pon tak dibenarkan MASUK.
Kat sini, kami orang kena salin baju khas. Baju dari
luar tak dibenarkan pakai kat dalam OT.
Bukan apa, kawasan OT ni antara tempat yang banyak kuman kot.
Untuk elakkan apa apa jangkitan, kami pon ada la baju khas ~


Tadi kebetulan aku sempat tertengok orang nak kena potong kaki.
Uhh, sian sangat dan aku tengok cam ngeri la gak..
Kat situ,banyak darah woooo aku kena cuci. Erkkk! Mula mula buat
meloya jugak tekak tengok darah melimpah atas lantai.
Tapi lama lama alhamdulillah semua oke. Janji kena kuat dan
tak pengsan dan tak menyusahkan orang kalau kita pengsan. HAHA !

Tadi haa, tengah tengah dok lepak sambil tunggu OT  siap,
kami p la snap snap snop gambaq sikit. Aku main redah aja
tangkap gambar bilik operation tuh. Entah boleh ke tak
sebenarnya. HAHAHA ! Lantak lah. Kamera aku kan kan ~
Lihat di bawah :
..
..
..
..
..
..

OT @ dewan bedah. Opps ada plak yang interframe. HAHA !
GENG AKU :D ~
paling hadapan kinah. yang tertinggi hayana. yang paling jauh sarah ~

merenung jauh sambil berfikir layakkah aku cleaner radicare kawin ngn doktor?
hakhakhak! perasan perasannnn!
hahahahaha! ni makcik liza, aku paksa gak tangkap gambar, dan ni akhirnye. ;p
wekkk! kau pencuci jek, wtpe nak mancapub nih? ceh, haha .
UDAH UDAH UDAH DONG !
BUAT KENANGAN UNTUK INGATAN SELAMANYE~:D




Thursday, February 17, 2011

Tentang Fobia .


ASSALAMUALAIKUM SEMUA .
google pic. erkk .
Emm,korang ada fobia tak? Apa apa jenis fobia laa~ 
Fobia dengan lipas ke, dengan darah ke, dengan katak ke, dengan hantu ke.
Eh3, ada ke fobia dengan hantu ? Pernah jumpa hantu eh? Huhuhu.
Oke oke. Actually aku pon ada fobia tersendiri jugak tau. 
Mesti korang pelik dengan kepelikan aku nih. Aku fobia dengan benda
benda yang macam menggelikan. Contohnya? Macam lumut lumut hijau 
tepi jalan tu..Kegelian sungguh, lembik semacam je warna 
pon ala ala hijau kehitaman. Pastu,kotoran kotoran hitam kuning yang
 melekat kat bilik air tu ! Yukksss ! What the ???!
Tak selera wehh nak mandi dengan bilik air yang 
serba kehitaman tu. HAHAHA ~ Aku tau, 
korang semua pon geli kan dengan bilik air yang tak berbasuh 
bertahun tahun lamanya.. Jadik, rajin rajin cuci bilik air, ok ~
Lagik, aku memang geli dengan benda lembik lembik nih. Eiii, macam ape entah.
Haaa, katak cicak ular kan lembik. Bila tengok binatang tu, aku terbayangkan
je aku tengah pegang .Ohh tidak~ Pernah dulu 
aku terpijak cicak plus terpegang katak.Badan diorang memang la lembik. 
Cicak rasa macam getah. Katak tu plak menggerutu 
jeeee.. Okee oke tak mau ingat. Mimpi ngeri nanti !
Nah, aku rasa aku ada Rupophobia la. Takut dengan kotoran ~ HAHAK!
Herpetophobia ialah takut dengan reptilia atau haiwan yang 
merayap dan menyusur. Aku herpetophobia kah? Eheee ;p 

Tadi, aku pergi godam godam encik google, dan aku terjumpa la 
jenis jenis fobia nih . Macam macam jenis ada. Yang tak terlintas
di fikiran kita pun ada dan dikatakan fobia.Jom kita survey sedikit sebanyak 
fobia yang aku rasa agak pelik ni :-

Cyberphobia- Takut dengan komputer atau menggunakan komputer.
Cuba korang fikir, kalau kita takut dengan komputer, mesti kita tak dapat nak online
lepas tu tak dapat la nak pos sebarang entri dan korang pon tak dapat la baca entri 
tentang fobia nih. HAHA..

Briophobia- Takut dengan tapak kaki manusia. 
Ha? tapak kaki manusia? Apa yang ada kat tapak kaki eh??

Cathisophobia- Takut untuk duduk. 
Adoii, pecah tumit kaki asyik kena berdiri je. HAHA

Coprastasophobia- Takut untuk membuang air besar atau secara saintifiknya berak.
Erk? da tu tak kan org macam ni tak berak kot?? omg ~ Tiap tiap ari kentut je. HAHA

Euphobia- Takut untuk mendengar berita baik
Org macam ni tiap tiap hari kena dengar berita buruk je, KESIANNYE ~

Gynephobia or Gynophobia- Takut akan wanita. 
Gay kah mereka? Hukhuk ;p

Hemophobia or Hemaphobia or Hematophobia- Takut dengan darah
Yang ni aku rasa normal. Korang takut darah tak? hehe

Mageirocophobia- Takut untuk memasak
Ohh tidak ~ Aku kah itu? HAHAHAHAHAHAHA..

Pteronophobia- Takut digelikan dengan bulu ayam.
Hak3, aku pon geli kalau digelikan dengan bulu ayam ;D

Technophobia- Takut dengan teknologi. 
Orang yang macam ni diibaratkan seperti katak di bawah tempurung, lalalala ~

Philophobia- Takut jatuh cinta atau dicintai. 
Macam mana tu? Korang pernah rasa tak? Huhu.

Phasmophobia- Takutkan hantu
Wahhhhhhh, ada la fobia dengan hantu !

Phobophobia- Takut dengan fobia. 
Akhirnya ,  takut dengan fobia, fobia dengan fobia, fobia dengan takut. AHAKSS ~

LAST LAST ! 
Bananaphobia - Takut dengan buah pisang 
Thats mean monyet bukan lah bananaphobia ~ huahua

Buat sapa sapa yang rasa ada sebarang fobia,
meh la kita share sesama ~ Mana tau kita
berkongsi fobia yang serupa. Wakakaka.
Sekian saja untuk kali ini , wassalam .

p/s : kalau nak tengok banyak lagi jenis fobia tengok la kat sini :
wink3^^

Wednesday, February 16, 2011

Follower Yang Ke-100 :D

Assalamualaikum ~

picture credit to google *ala ala bdk kampung la ni*hakhak
Thanks to -:Fadhirul Ahmad:- a.k.a Budak Kampung kerana dia telah jadik
 followerku yang ke-100 ! Penat tau aku nak kumpul 
follower sampai ratusan nih.
( eceh, baru 100 kot, kau dah kecoh anum. HAHAHA ).
Yelah, apa lah sangat yang ada kat blog aku nih, Hanya karutan yang banyak. 
Iya tak? Kalao betul angkat kepala tinggi tinggi . HAKHAKHAK. *kidding*
Jadik, ni hadiah untuk encik budak kampung, Wink3^^
Smiley pon oke kan buat hadiah, ngueh3 :p

Kalao korang semua rajin meh la ramai ramai jenguk blog dia ~
Selamat melawat lawat  :)

Monday, February 14, 2011

Fuyooo ! Jambatan Gantung Bebb ~


Korang tau tak, kat tempat aku tinggal sekarang 
ada jambatan gantung tau.Wahhh ! Excited sangat ,
 tak sabar rasa nak naik jambatan tu. Tapi, buat masa 
sekarang jambatan tu masih dalam pembinaan. Tak siap lagi la. 
Jadi, kita tak boleh la lalu. Menara aja boleh naik. 
Kebetulan pulak aku tengah meronda ngan kawan kawan 
aku kat kawasan tu, apa lagik , kitorang pon serbu la naik menara tu. WEEE ~
Bes tau. Angin kuat aja pastu kita dapat tengok
 pemandangan sungai Pahang dari atas.Memang nice view la. 
Jambatan gantung ni tak panjang mana pon. Jambatan ni letaknya
kat Esplanade Temerloh . Pasni mesti ramai orang datang situ dan boleh jadi tempat
yang menarik untuk pelancongan . Ecehhh ! Pandai je kau Anum ~ HAHAHA !
Cuma aku harap janganlah pulak tempat tu orang buat port BERDATING !
Yelah, romantik apa kau nak buat dating dating kat situ. Dari kau dok bergatal kat
situ baik kau pergi buat solat sunat kat masjid sebelah tu. Huhuhu. Oke oke, aku stop 
membebel . Jadi, meh la kita tengok sikit sikit gambar yang aku snap. Wink3 ^^ .



view dari bwh , sangat cantik kan. hehe :)


haa, seberang sane tu cafe@restoran. kalo duit penoh dlm poket meh la singgah :D


jambatan ni tak siap pasang lagik. ada sikit lagi kayu kat seberang sane kena  pasang  :)

temerloh ! tuu sungai pahang k ! hihi ~

lepak ngan wani and nabilah . seronok !

buat kenangan dok atas menara. kami antara org terawal naik . hahahahaha XD

Enjoy Yaaa ! ~ :)























Sunday, February 13, 2011

Santai Berkelah :)

Uwahh ! Seronoknya siang tadi pergi berkelah . Tadi kami satu family 
pergi berkelah dekat dengan Hulu Kelang. Jalannya cuma
 lalu tepi ZOO NEGARA aja. Nama tempat tu Celi Chalet, Kg.Kemensah.
Tempat tu cantik, nice view ~ Air tu sejok sangat . 
Memang seronok kalao nak mandi manda.Tapi, aku tak la pulak mandi. 
Main main air aja. Malu lah, sudah besar kot ~ Huuhuu ;p
Actually , kami berkelah kat sini coz abah aku ada gathering dengan kawan lama dia.
Tapi tadi tak ramai pon. Ada dalam tiga family je datang termasuk family aku la.
Alhamdulillah semua berjalan lancar, walaupun masa nak balik tu cuaca agak mendung 
macam nak hujan. Kat situ sempat la aku berkenalan dengan sorang teman baru. 
Nama dia Qila . Sama umur aja. Masing masing tun gu result. HEHEHE ~
Malas nak melalut banyak banyak jadi ,jom la kita 
tengok dua tiga empat lima blablablabla gambarnya ~ Saja nak share okeh :)
WINK3 ^^

ni la nama tempatnya :)
terimbau balek zaman silam waktu hingusan dulu masa main boyan ni ;p
qila, anum (not to see) warghh~ ,and zira :)
khemah tu tempat kami makan makan :)
snap aja, budak budak ni dtg dari jauh semata nak mandi sungai ^^
anak sungai yang sangat cantik. Subhanallah ~
family encik aziz , wink3 ^^ ~
erk ! tayang muka la pulak.kenangan main sungai, ecehh ;p

TAMAT SUDAH, JANGAN BORING KETENGOKKAN *_*



Saturday, February 12, 2011

Yes, Aku Lulus ! :)


tempat blajaq kete. dalam utan doww ! :)

Alhamdulillah, tadi test JPJ aku lulus dengan jayanya . Ahaakks~   
( tak la berjaya sangat sebenarnye, HAHAHA )
Mula mula test tadi aku memang takut sangat .
Apa taknye aku kena test motor dan kereta pada hari yang sama.
Jadi, aku terpaksa la kuatkan semangat jugak . wink3^^
First, pegawai JPJ kasi ceramah, BLABLABLABLABLA ~
Ceramah sangat oke dan kelakar :)

Untuk ujian motor aku dapat giliran yang ke-16 .
Orang ketiga terakhir dan aku sangat lah lega sebab 
dapat tengok orang lain buat dulu. Tapi, yang paling aku tak boleh blah,
untuk kereta aku dapat giliran yang pertama.
Sumpah ! Ketar lutut, siku, jantung, paru paru. Memang cuak abis . HAHAHA !
Aku memang tak sempat nak tengok orang lain buat.
Bila sampai turn aku, aku buat buat relax aja. Tapi,
dalam kereta dah macam macam ayat aku baca nak kasi tenang.
Dengan lafaz bismillah aku pon memulakan journey ngeri 
tu dengan menaiki bukit. Yeahh ! Naik bukit memang aku lepas .
Tapi, bila time nak turun je, kecuakkan aku muncul .
Memang la pegawai tu hensem, tapi masalahnya
tu bukan obat nak hilangkan cuak aku tu.
Kereta aku terundur ke belakang. Ada la dalam dua tiga kali.
Dan masa tu aku fikir komfem dah aku gagal. 
Then tiba tiba pegawai hensem tu cakap,

" Takpe,tayar dalam garisan kuning lagi. Ha, apa lagi cepat lah jalan"

Apa lagi, aku take chance la. Aku tekan minyak kuat kuat.
Memang mengaum kuat la kereta. Waktu tu lantak orang la nak cakap
apa. Yang penting aku nak lepas jugak kat bukit.
Tekan minyak, tekan clutch,masuk gear satu, balance kan~
Vrooomm! Dan aku berjaya ! Yes, i did it ~
HAHAHA ! Gedik betul kau cik Anum ~ takpe takpe sekali sekala. Hoho .
Waktu tu memang suka gila.
Bila da lepas bukit yang laen pon aku buat cam biasa.
Semuanya berjalan lancar macam yang aku harapkan.
Syukur , Syukran :)
Lagi, waktu bawak kereta kat jalan raya pon oke.
Pegawai tu tak garang, humor humor gitu~ Relax aja time bawak.HUHU :)
Erm , memang aku rasa lega sangat bila test ni berakhir.
Rasa dah terlepas satu azab yang menyeksa jiwa dan raga.
Hakhakhak ( beria betol kau anum ;p )
Bila da dapat P nanti memang aku tak sabar la
nak merempit. MUAHAHA ~
Ketemu Mr.A kita. Erkkk ! Tak tak tak.
Ada lagi benda lain nak kena buat. HEEE ~

AKU GUMBIRA, LALALALA :D



Thursday, February 10, 2011

♥ Thank You la .


lantak la aku merepek apa apa pon. aku sorang je tauk ;]

THANK YOU, i love u.
Gisuh, i love u.
Youngshin, i love u.
Bom, i love u. Waaa, thank you ~

♥ Gisuh more and more and more 
Miss Youngshin laa ~
Bom ~ Maa , U look so cute !
very rindu this story, ohh =="

Tuesday, February 8, 2011

Mai Layan Lagu Jap.

Assalamualaikum .
Jom santai santai sambil dengar lagu ni nak?
Maksudnya mendalam , sesuai untuk kita buat ingatan.
Kita saling mengingat oke .
Maybe ramai kot tak layan lagu camni, tapi kita layankan aja la ~ HEE :)
-Kat sini kita kena percaya, semua perkara baik mahupun 
buruk yang berlaku kat kita ada hikmah-Nya yang tersendiri.
-Do not give up to change ourselves! Yess, itu yang terbaik kan.
-Guna kan masa yang ada ni untuk perbaiki diri kita. 
Untuk jadi yang terbaik di kalangan terbaik :)
psstt, ape aku merepek ni? Erkkkk?
baca aja, jgn pikir banyak, HAHA !
Opick - Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
*
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Arggh! Malunya ~

Heyy. . . Assalamualaikum :DD
rasa malu camni lah .haha, *pic dr google aja*

Baru aja sebentar tadi aku balik dari ujian Q.T.I . Kereta plus motor .
Sumpah ! Aku rasa macam patung tak siap yang kena uji depan semua orang .
Arghh ! Rasa macam memalukan diri depan orang lain aja.
First, masa aku try bawak motor tadi enjin tak boleh start.
Naseb baik la cikgu baju merah sudi tolong , kalau tak sampai
hari esok pon komfem motor tu tak boleh nak hidup.
Yang tu da buat aku rasa malu. Mesti cikgu tu pikir camni ,
'apa ke bodoh budak ni tak pandai start enjin? HAHAHA !
Depan orang ramai ni aku bawak la motor tu pusing pusing.
Mak aih, yang paling tak boleh blah aku sorang je kot perempuan 
kat litar tu. Perghh , yang lain semua lelaki. Nak taknak aku buat la
muka tembok then bawak aja. Tapi memang stail la aku bawak . Tak ikut 
rules langsung. Pakai hentam aja lah. Orang angkat tangan tinggi, aku rendah aja.
Orang bagi signal , aku tak bagi signal. Macam macam la yang tak kena aku 
buat tadi. Errkkk.. Yang paling aku geram sekali cikgu aku hilang ntah g mane.
Geram gila ! Rasa nak cekik aja. HAHAHAHA ! 
Terpaksa lah aku jadi anak murid tiri cikgu lain. Mintak tolong ajarkan..
Hurmmm ~ Yang ni baru try bawak motor.

Ada lagi, yang kereta tak abis cerita lagi. Stori pasal kereta ni
lagi sadis , malu malu malu sangat ! Waktu bawak tadi rasa macam
mak meyorok dalam baju aja. Tapi nasib baik tak boleh. HAHAHA!
Waktu parking dan tiga penjuru memang aku oke la ! Pro abis. Kalau 
nak suh aku jadi cikgu ntuk bahagian tu pon takpe. Tapi, bila part
naik bukit, aku terus jadi blur ~ Masalah utama sebab aku tak biasa bawak
kereta buruk tu la. Ape taknya, selalu bawak kereta lawa sikit.
Tiba tiba tadi bawak kereta lain, Haaa, amik kau anum! HAHAHA!
Asyik tak lepas naik bukit ~ Dekat 10 kali aku cuba naik bukit tu.
Tapi tak lepas lepas .Orang lain semua tengok aku.Sumpah malu !
Bepeluh lencun da baju aku. Siap boleh diperah lagi tau baju aku tuh. 
HAHAHA ! Last last ada sorang cikgu ni tolong. 
Fuhh, selamat. Bila dah lepas, rasa nak terjun aja dari kereta tu,
Menyorok dari dinampak orang lain . HAHA!
Aku memang nak salah kan kereta tuh. Sebab kereta tu la aku
tak lepas naik bukit, pastu memalukan aku aja , HAHAHA ! 
Apa kau ni anum, kerete je pon .
Yelah, tak salah kan apa apa pon. Diri sendiri yang cuap nak mampos
sebab tu la semua jadi tak kena. HEHEHE~  Padan muka ! :D

Then , lepas abis berkeping-keping kertas aku tandatangan,
baru lah cikgu aku ajak balik. Huuu ~ Lega sesangat. 
Balik, balik , balik , balik ! Yeay yeay ~ HAHAHA
Esok tak tau la apa pulak akan jadi ~ Huuhuu . DAA,
~ Tinggal kan blog sebentar  ~

Monday, February 7, 2011

Melepak dengan Haiwan Bulu Bulu ! :D

Assalamualaikum semua :D

Wahai blogger blogger, semua ok arini? Hope semuanya selamat sejahtera, okeh.
Tau tak sapa haiwan bulu bulu yang aku maksudkan tuh?
Well, sebenarnya haiwan bulu bulu tu ialah dua ekor arnab yang aku jumpa petang tadi .
Sangat comel ! Walaopon arnab arnab tu ada tompok sikit sikit,
dia tetap comel . Bulu dia lembut giler, sumpah! HAHA.
Aku ni dikategorikan BUKAN pencinta haiwan, coz
nak pegang kucing pun aku takut . Alah, setakat usik guna dua tiga jari
tu boleh lah. Baby pon boleh buat kot.
Jadi, yang arnab ni pon aku takdelah pegang dia.
Just belai belai macam tu aja. Takut lah!
Kawan aku kata arnab memang tak gigit orang tapi
dia akan cakar orang yang dia rasa tak kenal.
Untuk cari jalan selamat, aku pon tak pegang la arnab tu.
Takpe, pegang bulu pon da puas. WAHAHA ~

Arnab arnab nih kawan aku yang punya,
Eh eh silap. Family dia punya. Alah ko ni anum sama aja kan. Hee ~
Dia cerita, arnab ni mahal tau. Ikut kacukan dan baka.
Kalau dah baka terbaik tu, komfem wajib lah
harganya pun terbaik dan MAHAL. 
Tapi, kalau sapa sapa yang da berminat tu, tak tengok harga da.
Mesti beli aja. Baru puas ~
Lagi satu info, arnab ni tak suka dimanjakan.
Arnab akan manja secara semulajadi aja. Kalau dia
dah terbiasa dengan tuan dia, automatik arnab tu akan jadi manja.
Haaa, arnab tu dapat detect bau tau. Jadi, kalau korang dekat dengan
diorang pon, arnab arnab tu tetap kenal sapa tuan mereka.
Konklusinya, arnab tak dapat ditipu. Err, benar ke fakta ni? HAHAHA!

Nak kenal tak dengan arnab arnab ni? Meh saya introduce ~
baju merah putih tu , tuan punya arnab arnab ni . hehe

yang ni jantan *taktau nama apa*


yang ni betina *taktau nama apa*

diorang suka duduk bwh pokok ^^

yang jantan ni lagi 'peramah' dari betina tu~ hukhuk.

Actually, dalam aku sibok menangkap gambar diorang ni,
aku lupa nak tanya kawan aku nama nama mereka.
HAHAHAHA ! Aku kasi nama sendiri la kat diorang.
Yang jantan tu mickey, yang betina tu minnie.
HEEE~ Comel tak? HAHA! Memandai je aku ni. 
Kang tuan punya arnab marah pulak , WEE~
Jantan ngan betina ni dari spesies and kacukan yang
berbeza. Mesti anak diorang nanti double triple kacuk kan.
HAHAHA, mesti comel la !
Telinga mickey tu jatuh sebelah. Cuba korang perhati betul betul arnab 
jantan tu. Mula mula aku tengok kelakar jugak. Tapi, da
arnab tu lahir macam tu nak wat camne kan.
Tapi, telinga minnie pulak jatuh dua dua belah. 
Jadi, takde lah nampak pelik sangat. Tompok dia pon
ala ala kelabu gitu. Tak pekat.

Oke, setakat tu aja cerita pasal arnab arnab tu~
Dekat nak senja aku baru balik rumah.
Tapi, kawasan sekitar pasar malam tetap lagi
rancak ngan orang ramai .
For Atiqah, tenkiu yea sebab sudi kasi aku
main main ngan arnab comel tuh.
Engkau jage arnab tu bebaik tau. Biar jadi haiwan yang berguna kelak nanti.
HAKHAKHAK ~

SELAMAT MALAM, NUNITE :)
















Sunday, February 6, 2011

What The PLKN ? ^.^

Assalamualaikum all readers ~

gambaran wira wirawati plkn ^^

Erm, apa aku nak post arini yea? Lost idea lah. Rasa cam malas nak update blog.
HUAHAHA. Penyakit malas sudah datang ~ Bahaya nih. Ok lah, nak taknak aku
cuba la cari idea nak post ape. Dalam masa 20 minit ni aku akan cuba mengarut yang
sehabis boleh, bukan ape coz jap ag kita ada date ngan Mr.A kite. MUAHAHA :D

Aku ni pelajar lepasan SPM kan. So, macam biasa pelajar pelajar yang
bertuah akan dapat panggilan untuk pergi PLKN. Termasuk lah aku.
OMG! Aku tak rasa aku ni seorang yang bertuah bila dapat pergi PLKN tuh.
First time aku dapat tau aku kena pergi sana, aku menjerit macam orang gila.
Bergegar jap hostel dengan jeritan aku. Mengalir jugak la air mata coz aku
tak rela terpilih nak pergi PLKN ~ HUHUHU .
Sumpah tak sanggup. HAHAHA. Tapi, nak taknak aku WAJIB pergi jugak.
Kalau tak, kena denda. Denda lagi lah aku tak sanggup kan. Redha aja lah :)

1 JANUARI-13 MAC untuk budak budak yang dapat panggilan pertama untuk siri  8/2011.
Maknanya tak sampai dua bulan lagi dioarang akan tamat latihan. 
Wahh~ Best kan. Tak lama dah . After diorang , budak budak panggilan kedua 
pulak menyusul. Panggilan kedua pulak start dari 1 MEI-16 JULAI ~
Lambat pulak aku rasa PLKN untuk tahun ni. Or, memang panggilan
kedua untuk PLKN bulan 5? Ntah la, aku pon tak sure.
For panggilan ketiga pulak dari 10 SEPTEMBER-2 DISEMBER ~
What the ??? Bapak lambat nye kan. .

Aku ada terfikir, kenapa buat lambat sangat? Macam mana dengan budak 
yang nak sambung belajar tu? Kena tangguh yea? Adoii, bagi aku la,
wat ape la nak tangguh tangguh PLKN ni. Yela, kalu difikirkan rugi tangguh.
Last last kena buat jugak. Tapi, umur da tua baru nak pergi. Buat ape.
Yang syoknye, pergi waktu muda muda laa, Enjoy lebih kan. HAKHAKHAK.
Kat sini aku bukan maksudkan dah tua gayut ~ Orang yang tangguh PLKN
nanti, akan sambung latihan dengan junior untuk tahun seterusnya. Ahhh! Sgt tak best. 
Em, pendapat aku la ni. HUHUHU. Bagi aku better pergi awal awal
pastu tak yah pikir dah. Buat serabut otak je . Setuju ?

Aku berharap aku akan dapat untuk kumpulan dua ~
Selain awal, aku rasa kumpulan dua more better than kumpulan tiga.
Macam orang cakap kumpulan tiga ni untuk budak budak nakal .
Oppps ! bukan aku yang cakap tapi aku ada dengar dari sumber sumber
tertentu. HEHEHE ~

Last but not least, aku nak pesan kat kawan aku yang sorang nih.
Sumpah ! Panggilan kedua bulan 5 la! Aish ~ Tolong la percaya.
Kalu tak percaya gak, meh la visit web ni. Segala bukti ada di sini. HEHE .

OK, tamat sudah bebelan aku. Jam pon sudah tepat pukul 12 malam.
Ehh, malam ke pagi eh? Ahh , lantak la ~ blablablabla ^^
Selamat malam dan selamat beramal. Wink3 ^^ , chalo ~
ASSALAM .


Friday, February 4, 2011

Layak ke Tak Aku ?

Assalamualaikum , AhlanWasahlan :)

Arini ataupun petang tadi, aku dah online untuk fasa 2 UPU punya borang.
Sebelum ni aku survey course yang nak dipilih , universiti yang sesuai, dan tengok
sekali syarat kelayakan. Dalam pada masa yang sama aku memikirkan
the best choice untuk aku pilih dari pilihan pertama sampai la kelapan.
Pikir punya pikir punya pikir, aku nekad nak isi fasa 2 petang tadi.
Aku sendiri tak pasti pilihan aku tu betul ke tak.
Tapi, semestinya course yang aku pilih tu bagus. Cuma, adakah aku
ni bagus untuk tercalon ke tempat tempat pilihan aku tu.
Aku sedar aku ni insan yang lemah aja. Bukan la dikategorikan
pelajar yang cemerlang. Tapi, aku boleh pilih yang terbaik untuk aku bukan?
 Asasi pergigian ~ Huhuhu. Nampak sangat power kan.
Pilih pergigian tu, Cik Anum.. HAHA. Bukan calang calang org kott.
Ko yakin ko layak ke? HUKHUKHUK :p
Sebenarnya, tu yang merisau kan aku. Layak ke aku ni
nak pilih course tu? Hurmm, .
Then aku pilih jugak ASASI SAINS kat beberapa U . Dan aku masih
memikirkan layak ke aku ntuk pilih tu semua?
HAHAHA. Aku tau aku ni bukan terer pon. Aku pilih asasi sebab
jimat plus plus bagus kott. Asasi maybe dalam 1-2 tahun je.
Kalau diploma, amik masa 3 tahun. Asasi lagi jimat kan..
Kalau boleh ,aku taknak tersalah pilih kali ni. Takut nanti diberi course lelong pulak.
                                                                                                                                                Mintak dijauh kan . HEEE ~ :)
 
pilihan aku yang agak power, tapi aku sedar aku x sepower itu, HUAHAHA
Haa,pape pon ada sesiapa tak 
yang ada tips nak isi UPU fasa 2 ni??
Jom lah share info sikit
 bagi siapa siapa yang ada pengalaman eh . HEHEHE .  
 Info anda sangat dihargai. ~

~bYebYe ~

p/s : aku hanyalah insan yang lemah dan perlu diberikan pertolongan ~