Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie Bestt !



Tadi aku tengok NUR KASIH THE MOVIE 
dekat ECM. best sangat sangat !
Wuhhh feeling abis laaaa. Menyentuh perasaan, hati n jantung ^^
Serius tak tipu . . Bagi sesapa yang belum tengok,
baik pergi tengok . Best la jugak nak buat air mata
banyak banyak. HAHAHAHA .
Aku rasa nak nangis jugak tadi, ada la kuar 
dua titik air mata sebab nak cover dengan member sebelah.
KIHKIHKIH XD

Kisah ni sambungan tentang Adam dan Nur.
Kemudian, dalam cerita ni, isteri Aidil pun meninggal dunia
jugak sebab kemalangan jalan raya. .
Aidil ada dua orang anak sorang laki, 
sorang perempuan. Dan ada la kisah kisah nye ~ ehee ^^
Sambung balik citer pasal Nur ,Nur keguguran. . 
Jadi, Adam bawak la Nur pergi Jordan. 
Kat Jordan banyak insiden yang berlaku. *sedihh*
Dalam cerita ni jugak, Adam sakit .
Then blablablabla.. Tamat ~ HAHAHA.
Nak tau ending cerita ni camne ?
haa, pergi la tengok nanti ye .
Biar korang tengok dan rasa sendiri
jalan cerita nur kasih the movie nih macam mane.
Touched ! T_T
P/S : aku tak reti nak bercerita and rumusan aku tentang nur kasih agak berterabur.
so, kalau nak tau jalan cerita nih silalah ke pawagam berdekatan anda. PEACE! x)
mia sara sangat comel dan cute cute ! awww :D
Semua pelakon dalam cerita nih berjaya bawak
watak mereka.  . Tahniah & aku kasi 9 bintang 
untuk cerita nih,. Woo tinggi tak rating aku bagi.
KEHKEHKEH :)




Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


alololo comeynye bdk ni tido, HAHA. -sumber google-
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. 
Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam 
tubuh kita akan terkumpul dan ini akan 
mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah :
  • Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  • Tidak buang air kecil di pagi hari.
  • Terlalu banyak makan.
  • Tidak mengambil sarapan.
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  • Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, 
  • pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  • Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. 
  • Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun 
  • makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. 
  • Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, 
  • kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  • Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. 
  • Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. 
  • Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. 
Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita 
untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana .... Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am : juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan 
darah.Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

EHEEMM , actually aku copy dari facebook org je.
Saje nak share. Sharing is caring rite ? EHEE :DD
Aku ni pun dikategorikan seorang yang
TIDUR LEWAT BANGUN LAMBAT , HAHA ~

Monday, May 16, 2011

A Piece of Memories ,



Gambar ni di ambil kat sekolah tadi.
Pergi celebrate hari guru kat sekolah.
Whoaaa majlis memang best ! 
Then dapat la jumpa ngan member member semula.
Rindu giler laa. . .
Last time jumpa before masing masing bergerak
ke universiti mahupun matrik mahupun mana mana
tempat pengajian.
CHEERS ,











:: sumber dari HAZIRAH HAMZAH :) 
tq jirah xD




Sunday, May 15, 2011

Surat Letak Jawatan ; Khas untuk Blogger .


PERHATIAN,

Ada sapa sapa rasa addicted berblog tak ?
Kalau sehari tak bukak blog ,
rasa macam macam benda tak kena .
makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah . . . 
Yelaa, bukan tak sempat berblog sebab apa, 
kerja banyak sangat nak buat ...
Tapi kat sini ada sesuatu la nak share ngn korang.
Aku rasa macam sesuai dengan orang yang sudah bekerja.
Alaaaa kita kita yang tak keje ni pun bole juga guna nanti :p
HAHAHAHAHA.
So, kalau rasa rasa tak reti nak tulis surat resign,
meh la copy surat kat bawah. Gempak punya reason laa . . .
All because of blog. KEHKEHKEH.


Kalau rasa kelakar silalah gelak,
KAHKAHKAHKAH XD


Thursday, May 12, 2011

Topup ohh Topup.


Assalamualaikum cik Anum ucapkan :D

Credit topup = Kredit tambah nilai
-Celcom, Maxis, Digi, Umobile, iTalk-

Tadi aku ke kedai topup area kawasan rumah aku ni la.
Hajat di hati nak beli topup tiga ringgit. Untuk no celcom.
Tapi bila aku mintak topup tiga ringgit, budak cina kat kedai
tu kata takde. Laaaa, bila pulak la topup tiga ringgit celcom takde ni. .
Setahu aku, kedai kat kawasan rumah aku ni masih jual 
topup tiga ringgit. . Tapi tak sangka pulak da tak jual. .
 Aku ni lak pokai takde duit. Nak topup tiga ringgit pun tak lepas.
Haihh topup topup. Nak dapat yang murah pun susah.
Pastu aku try jugak usha kedai lain, semuanya sama.
Tiada topup tiga ringgit. . Nak taknak aku beli la jugak yg lima -.-
Kecewa kecewa . .

Kalau dulu topup tiga ringgit ni senang je nak dapat.
Kat bandar pun ada. Tapi makin lama, kat bandar tak jual da topup
tiga ringgit. Dah tu kena caj pulak. Dua posen la, tiga posen la,
Lima posen pon ada. Mahal betul . . . = = "
Memang untung besar lah penjual penjual topup ni.
Dalam masa sehari mesti boleh capai ribuan ringgit.
Kita yang beli topup ni pulak, makin miskin jadinya ..

Nak cerita sikit la ni, aku start pakai fon waktu tingkatan dua.
Tu pun da hujung tahun. Waktu tu pakai fon nokia 3310.
Wahh masa tu rasa bangga gila bila tunjuk fon kat kawan. HAHAA.
Bila dikira nilai topup yang aku beli dari start pakai fon,
sampailah sekarang umur aku da 18 tahun,
nilai nya memang tak terkira. . .Kadang kadang tu ada
topup rm10, kadang kadang rm5, kadang kadang rm3.
Bila dicampur campur dalam masa 5tahun ni, aku rasa
memang cecah sampai ribuan ringgit laaa.Setuju ?
Baru duit topup tuu bebb. HAHAHAHA.
Aku rasa kalau dikumpul duit tu, boleh la jugak beli
laptop 3 bijik, kamera DSLR 2 bijik, 
sony ericsson xperia mini pro sebijik . HAHA. Betul tak?

Nasihat ayah aku dulu dulu ; *emm sekarang pon kena bebel
lagi kalau selalu beli topup. HAHAHA.*
"akak, cuba guna duit tu beli benda lain, buku ke,
baju ke, makanan ke, kan banyak faedahnya.Kalau beli
topup tu bole makan ke. . membazir je kan "
Betul gak kata kata beliau, tapinya aku ni sebagai seorang
remaja tak bole hidup tanpa kredit :D
Mesti rasa nak jugak ada kredit sebab nak
 mesej orang la, nak tepon orang la. . KEHKEH. . .
Jadi, untuk meng ada kan kredit dalam fon, kita
kena la topup jugak . . Membazir ? 
Kadang kadang rasa gak macam tu. .
Tapi takpelah, aku bahagia. HAHAHA :D

Konklusinya , pandai pandai lah kita balance kan
duit perbelanjaan kita untuk belanja topup dan barangan lain.
---Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitan. .--- 

p/s
Hidup zaman sekarang ni semuanya mahal. . .
Takde yang murah bukan ?
Sesungguhnya entri ni peringatan untuk aku, hee ~
Betapa banyaknya aku belanja untuk kredit fon -.-



Wednesday, May 11, 2011

nothing ^^


Assalamualaikum & morning yep :D

Selepas beberapa hari, lama lah jugak
aku baru start berblogwalking semula hari ni.
Haihh serius aku malas betul nak berblogwalking.
Aku perlukan mood untuk buat keje tuh. HAHAHA.
Entah ape mimpi pagi ni, aku buat lah lawatan
dari blog ke blog . Banyak jugak lah tempat aku
jejak. Penat tau . Semput dah ni. KAHKAH =='
Pada yang dah follow aku, terima kasih bebanyak.
Aku memang tak sempat atau yang lebih tepat,
aku kemalasan nak berblogwalking. HAHA. sori ^.^
Emm lagi satu, kadang kadang tu aku
tak dapat memenuhi kehendak seseorang yang minta
di follow semula kalau dia dah follow aku.
Rasa serba salah jugak kalau tak follow balik.
*Tapinya bagi aku, aku akan follow blog orang
tu KALAU aku rasa nak follow.* Dengan seikhlas hatinya.
Tak payah suruh suruh pon aku akan buat sendiri,
Jadi mintak maap yea kalau aku tak dapat memfollow anda balik.
Peace semuaa , eheee :)

Baru baru ni dashboard blog aku ni buat hal.
Tibe tibe jadi mengong. Semua blog yang aku dah follow hilang.
Aku memang cuak laa. Takkan la aku kena memfollow org semula.
Ponatt denn. Tapi alhamdulillah semalam dashboard tu da oke.
Secara sendiri. Tiba tiba je muncul pulak news terkini pasal
blog blog yang aku follow. Syukran syukran  :)
Aku pun tak paham mcm mana sebelum ni semua tu hilang. haish=="
HAHAHAHAHA.
gambar yang tiada kaitan. cuma rase menarik sbb bentuk hati :)
sekian terima kasih. . :)

a Song ♫


-You-
.Nur Janah Allia.


 I LOVE THIS SONG VERY MUCH 


Tuesday, May 10, 2011

Bergaya.Perlukah?


Assalamualaikum dan selamat tengah hari :)
baby pon da di ajar pakai tudung .. anak kecil bagaikan kain putih ~
 awww comelnyee ada anak macm ni.HAHAHAHA -google image-

Tiba tiba aku terdetik nak tulis tentang GAYA.
Ouhh gaya ? Ada apa dengan gaya ?
Aku tak mengspecific kan gaya tu macam mana.
Tak kire lah dari segi fashion or make up.
Bukan nak kata perempuan je suka bergaya. Lelaki pun
ape kurangnya. Kadang kadang tu ada yang terlebih over
bila dah jd fashion addicted, HARHAR. .
Sekarang ni jelas kite nampak kalu
si perempuan busy dengan fesyen shawl nye.
Macam macam jenis shawl yang boleh kite jumpa.
Ada yang berbulu bulu. Ada yang macam alas meja.
Ada yang macam kain selimut. Ada yang macam kain cadar.
Ehh ehh kain cadar takde laa. . HAHA. .
Boleh kata femes la jugak shawl ni kann..

Ermmm . .
Make up, pentingkah ? pendapat aku ?
Entah laaaaa. Kalu ikutkan anum yang sekarang
dia memang tak ber makeup. dia tak reti.
so, bila dia kuar g mana mana dia tepek bedak, pakai lipbalm.
Mascara? eye liner? blusher? ape tuuuuu?
dia tak reti laa bab bab macam ni. .
Neutral face. Blur face. cukup lah. . HAHAHAA.
Biarlah masa yang menentukan sama ada make up itu
penting atau tidak untuk aku. Just be Anum :)

Emmmm nak mengimbau cerita dulu sikit nih.
Dulu dulu (seingat aku la) bile tudung tudung yang
femes ni dikaitkan dengan nama nama artis.
Contohnye tudung wardina. Tudung ekin.
Tudung siti nurhaliza, tudung bienda.
Haa ape lagi ? Aku pun tak igt dahh.
Lelaki pulak , ape fesyennye ?
Kaca mata skima ?  Rambut ? Seluar pendek?
Kasut yang tip top? Baju ?
Haihh entah lah. Mane aku tau.
Alangkan yang perempuan pun aku
tak update tentang fashion terbaru, inikan pulak lelaki.
HAHAHAA.

Ape yang aku nak tekan kan kat sini,
fesyen ni bila dah berkembang boleh jadi macam macam
gaya. . Dari baju yang seksi seksi tu,
boleh jadi tertutup. perempuan muslimah pun boleh pakai woo.
 Tertutup dari segi fizikal. . . . 
Tapi hakikatnye masih bukan dalam kategori
menutup aurat.Apa yang aku tengok,
aku pelik bila dress digayakan dengan inner or baju..
Memang laa baju berlengan panjang, rambut ditutup
dengan tudung or shawl bagai. Tapinya
kalau still menampakkan lengkuk tubuh tu ape cer?
Haaa, digayakan pulak dengan legging. Errr korang rasa cantik ea?
Pendapat aku ? TAKK ! :D
Tengok macam ni . . Any komen ?


Aku memang la bukan dalam kategori perempuan
bergaya nih. Cukuplah pakai t-shirt or blouse dengan jeans.
Baju yang longgar  dan tak menampakkan bentuk tubuh.Simple bukan. . 
Tapi aku memang selesa macam tu. Asalkan nampak kemas.
Mesti nak cakap aku ni tak pandai bergaya. Sebab tu aku
dress up macam tu. Yess aku memang tak pandai.
Tapi aku selesa dengan cara aku. Tak payah
nak bergaya bagai kalau setakat nak menunjuk 
dan tayang kat orang . . . Orang pun bukan nak tengok sangat.
Tudung aka shawl pon same. Kalau tak kena
gaya memakai benda tu, aurat still tak tertutup. .
Nampak jugak ape yang kite perlu tutup tu
walaupun dah berlapis dengan dua tiga helai baju .
Okeyyyy ni pendapat aku je. Hope takdek
yang tersinggung or tersentap dengan statement aku
di atas . Dah lama benda benda tu terbit
dari kepala aku. Dan aku masih terfikirkan,
kalau nak bergaya tu tak salah ,semua punya
hak masing masing nak bergaya ikut cara tersendiri.
Tapi kalau dah bergaya, mesti tak lari dari 
fesyen fesyen yang kita sedia maklum sekarang.
Kita menentukan apa yang terbaik untuk diri kita.
Matang untuk diri dan sekian salam cheers dari aku :D
Peace no warr. . . Peace in harmony. KEHKEH ~
- maaf jika terlanjur kata -
hati terdetik alangkah bagusnya kalau diri macam kartun nih.
inginkan perubahan tapi biarlah masa yang menentukan :)






Sunday, May 8, 2011

A life .


here's to the post-

Oh hello hello hai :)
Emm ape yang aku nak bicara dalam blog ye .
Aku sendiri pun sudah katandusan idea dan cerita.
I love to write only about me; a story of nurHanum.
Nak cerita tentang keadaan sekeliling jauh sekali.
Aku tak pandai nak kritik tentang isu isu semasa nih,
bukan apa, kalau tersalah tulis sikit takut ada yang terasa.
Tersalah tulis sikit, ada yang mengutuk sana sini.
Itu lah manusia, ada yang boleh terima pendapat orang lain.
Ada yang tak boleh terima , sebab dia rasa dia seorang je betul.
So, kesempatan ni baik aku tulis only about myself..
Tak mahu terlibat dalam hal orang lain . =="

----------------------------------------------------------------

Tiap tiap hari buat benda yang sama. . . ptfff ~
Pagi pagi ke kedai beli sarapan *kehkeh kalu rajin masak la*
Tengah hari ke kedai juga beli utk lunch *kehkeh kalu rajin masak la*
Tengok tv dari pagi sampai malam sampai la ke tengah malam.
Kalau rajin, aku pergi hantar adik adik aku ke tempat mengaji.
Kalau rajin lagi, aku pergi pulak jemput mereka nih.
petang petang aku rajin lepak dalam rumah je.
Nak keluar takde kawan. Sebab kawan pun suka 
duduk dalam rumah. Nak pergi dating bf pulak takde.
Nak ronda ronda bawak motor , motor 
pulak rosak. Nak drive kereta, rasa rasa kereta tu besar sgt.
Nak bawak basikal, basikal anginnye takde.
Jalan kaki ? Haihhh aku kemalasan. HAHAHA.
Penyakit malas meyerang. . Payah payah. . . =='
Bila malam sambung tengok tv . .
Haa tak lupa, online . Kerja wajib . Dan tak sah kalu
sehari tak on lappy =='

Tp start dr sekarang,tinggal dua minggu lagi aku nak 
enjoy kebebasan yang maksimum macam nih.
Tido lambat, bangun lambat, online tak kira masa.
Tak payah mengadap buku, tengok tv 24 jam. .
Hang out ngan member, merapu kat facebook.
Selepas dua minggu semua tu akan berubah.
Aku sendiri perlu berubah untuk
mendapatkan hidup yang baik kelak. . .
need to create a new anum. different anum^^.

Ganbatte anum. Chaiyok anum.Gudluck anum.

Friday, May 6, 2011

Awan Mendung .



Hello kawan kawan . Tak lupa jugak Assalamualaikum .

Mungkin apa yang terjadi hari ni ada hikmah di sebaliknya .
Aku harap apa yang berlaku tadi mimpi je. Tapi bila aku
tampar muka, aku sedar aku tak mimpi. Rasa sakit !
Emmm , apa yang aku nak rasa ? Sedih , kecewa , down,
moody, hilang semangat , hilang mood , nonsense , sakit hati,
redha atau MALU ? Errrrr semua tu bercampur. . Macam macam rasa.
Sampai aku rasa aku da takdek feeling nak fikir. Blank dan kosong =='

Nah tengok apa yang berlaku ;


What ? Aku tak berjaya walau untuk satu tempat pun di U.
Reaksi aku ialah " ohh tak dapat, takpela . takde rezeki la tu. come on anum"
Mula mula aku memang fikir macam tu. Nak sedapkan hati sendiri.
Padahal hati tu sendiri cakap, asal kau tipu diri sendiri Anum ?
kau kecewa kan ? Kau sedih kan ? 

Siapa yang tak kecewa bila cek aje terus nampak ayat kat atas tu.
Nampak sangat menyedihkan. Kesian aku , isk isk :(
Bila buka aje Fb semua tanya semua nak tahu semua sibok duk 
bercerita pasal result UPU tuh. !@#$%^&*().
Aku nak cerita ape ? aku tak dapat . aku mampu menyanyi aje. LALALALA 
just close my eyes ears and mouth =="
"anum ! ko dpt u mne ? kos ape?"
"salam hanum, da cek ke upu ? dpt tak ?"
"oit hanum, aku dapat asasi law, ko ? "
"hanum, tipu la ko tak dapat, tak caye lah"
haaaaa, ni la soalan soalan yang aku dapat bile on je fb.
Rasa sengal aja . HARHAR ! Excited kan mereka mereka.
Aku tumpang gembira untuk kawan kawan aku .
Tapi aku tetap hanum . Ermmm ? =="
Last last aku terus buat status .
 dukacita dimaklumkan saya gagal mendapatkan
tempat di unversiti. harap maklum. Peace ! :)
Amik kau ! Puas hati aku. Pasni mereka mereka tu
tak payah da sibok sibok nak chat aku tanya pasal
result upu aku tu. Aku dah bagitahu satu dunia. sekian :)

Kat sini aku nak bitau lahhh, dari awal aku memang
tak berharap nak pergi u. Tak berharap nak pergi,
bukan berharap tak dapat mana mana u. . Tapi sekarang
semua jadi macam tu kan. . sedih tapi perlu redha . kan ?
Bukan apa, aku rasa rendah diri dengan kawan kawan.
Aku fikirkan perasaan ibu dan abah. . . kecewa kah mereka?
Aku rasa malu dengan sepupu aku yang memang saingan aku tu.
Aku tak tau nak jawab apa bila orang tanya dapat u mane. 

Aku fikirkan semua tu ! Argghh. ye, aku dapat matrik .
Memang aku boleh pergi matrik. Kalu ikutkan, dari dulu
aku memang dah nekad pergi matrikulasi je. Bagi aku matrik pon
dah cukup perfect.. Aku boleh belajar mana mana aje aku suka.
Tapi keadaan sekarang berbeza sebabnye aku tak dapat mana mana
tawaran universiti dan masa yang sama orang orang akan tanya psl U.
Tensionn arhh  ! But i need to face it right ? ^^

Actually dalam hal ni aku rasa aku yang salah buat pilihan
waktu isi borang upu tu. . Pilihan yang aku buat kemungkinan
terlalu power dan result aku tak cukup syarat untuk kos
yang aku mintak tuh . . So, memang salah aku kan .
Aku lebih memilih minat dari tengok kelayakan mengikut result .
Dan ni lah yang aku dapat. . Aku tak terpilih dalam mana mana kos pun.
So, moral yang aku dapat; 

Berpada pada lah setakat yang kita mampu .
Jangan terlalu over. Semuanya biar ikut kemampuan kita ..
Dan tak payah la nak terlalu memilih. Setuju kah kamu ? x)
Dan lagi satu , " cerminlah diri sebelum keluar rumah oke " .HAHA! 
ada maksud tersirat dalam ayat aku kat ats tu :p

Kepada sapa sapa yang dah terbaca nih, 
give me some support ! Meh buatkan aku lebih bersemangat untuk hidop !
I'm lack of spirit . . .  cehhh  ! But, please kawan kawan ~ Wink3 ^^ 
Baiklah, mulai arini Anum akan bersemangat waja !
Anum akan buat yang terbaik kat matrikulasi -KMPH-  Chaiyook Anum XD 

i will  :)