Thursday, December 29, 2011

Tudung Mak Datin Sekalian



Salam pagi.

Adoi apa la nak jadi dengan 
tudung sekarang. Macam macam.
Kadang kadang sampai sakit mata tengok.

Semalam aku pergi mahkamah.
Ada hal sikit. Then kat sana aku berurusan
dengan seorang makcik yang cantik lagi menawan
bak mak mak datin yang ayu sekalian tapi shet!
Haihhhh. Muka ketat nak mampos.
Senyum kambing pun tak mau.
Yang aku pelik tambah hairan,
bukan aku je. Mak aku pun pelik.

Meh tunjuk,


Apa cer pakai tudung da lawa lawa
tapi nampak rambut??????
Rambut tu kan aurat.. 
Better la cabut je tudung tu dari tunjuk 
pesen ntahpape .
Bagi laa contoh yang BAIK kepada
anak remaja yang suci bersih tulus ikhlas macam
aku ni haa.. 

Macam mana remaja nak
elok kalau yang dewasa pon dua kali 
lima je. Haihhhhh -.-'

HAHAHA. Aku tak pandai lukis
weh. Burok benor rupenye.
Haa takpela,janji nampak rupe. kehkeh.



p/s : ini bukan entri menyindir @ mengutuk cuma meluahkan perasaan.
pagi pagi dah dapat dosa kering.
 insafff   >.<



Tuesday, December 27, 2011

A Pair Of . . . . .



Ni couple ?
-.-'


aku rasa ni macam orang yang da kawin.
haaa jari yang pendek tu macam isterinya
yg tengah pregnant sambil ditemani suaminya
yang nampak caring. Wah polos gtu ! ;p

sesungguhnya bercinta lepas kawin lagi
romentik. kan kan.


 Oke, aku tengah buang tebiat pepagi 
buta macam ni. dem.
mata ni susahh nak tido.




Sunday, December 25, 2011

Problemo .



Jeles.Ye aku jeles.

Tapi aku bukan jeles dengan perempuan perempuan 
yang kacau laki aku. (perasan) ;p
sori, i have no boyy eww eww . HAHA.ngek ;p

Tapi aku jeles dengan kejayaan teman aku.



Apa yang diaorang nak diaorang dapat.
Impian diaorang bagaikan hujung jari je.
Petik terus dapat.

Kenapa aku tak ? 
Ya Allah besarnya dugaan yang kau berikan.
Semoga kesilapan dulu adalah kunci kejayaan untuk
masa depan aku. InsyaAllah. Kuatkan aku :)

takkan Allah menguji hambanya di luar 
kemampuan hambanya sendiri. Amin.

Saturday, December 24, 2011

Starting again. Hiyarghh ;p



Hello worldd.
Eheee . Assalamualaikum dunia sekalian.
Well arini aku ada mood pulak nak mengupdate
blog aku yang comel tak sedar diri ni kan. Ahahaa xD
Ekcelli, lama da duduk kat uma ni.
Asyik makan tido tengok tb je. Ahhai boring.
Tapi still malas nak update blog. Miahaahaa teruk kan.


Emm tak lama da kan nak tahun baru dan malam
ni pulak nak krismas. Sedar tak sedar tahun 2011 
dah nak tutup tirai. Ganti pulak dengan tahun 2012
yang gilang gemilang (hopefully) . Sekejap je masa
berlalu. Umur pon makin naik tahun makin bertambah la.
Dan tu bermaksud aku semakin tua. Korang?
Haaa mesti sama macam aku jugak kann. ;p haha

Aku pernah mentioned aritu yang aku rasa tak
sabar gila gilak nak keluar dari matrik kan.
Then now, impian aku tercapai. Nak pahamkan lagi,
aku sudah berhenti dari matrik. Yeahh. STOP.
Macam sadis jugak kan bunyinyaa. Well nak buat
macam mana. Rezeki aku bukan kat situ..
Kenapa aku berhenti ? Sebab lepas ni
aku akan pergi buat dip nursing under SPA.

Mesti korang rasa aku rugi kan. Yelahh da abis
satu sem kot aku tertunggang-terbalik kat matrik tu.
Tup tup berhenti pulak. . Mula mula aku pun rasa macam tu.
Memang tak boleh terima yang aku akan berhenti.
Tapi lama aku fikir. Ada hikmah disebalik semua ni.
Mak ayah aku, kawan kawan terbaik aku.
Semua support aku pergi SPA. . Then dengan yakin,
aku amik keputusan nak berhenti dari matrik.
InsyaAllah aku harap ni keputusan terbaik untuk hidup
aku. Dan aku takkan ulang semula kesilapan aku yang lama.


Aku berbangga dengan pilihan aku yang baru ni.
Banyak benefit aku masuk sini. Kerja terjamin.Elaun banyak.
Hahaaa. boleh kumpul duit banyak banyak nak
 kawin. gatal ! Geli geli. HAHAHA ;P
Aku dapat kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB).
dekat Perak.. haha. Nangis tak berlagu la
aku duduk sana. Jauhhhhh doe. 
Aihhh ~ Sabor sabor . .

 Reason utama aku pergi dip nursing ni sebab result aku
kat matrik kureng cemerlang. Aku dah buat yang
terbaik, tapi tu jelah keputusan yang mampu aku capai.
Aku tau maybe aku banyak silap masa kat matrik tu.
Aku malas, tak rajin, suka bertangguh, banyak main,
tak bersungguh, study setakat cukup cukup makan je,
banyok tido, banyak tengok movie, banyak borak,
banyak outing, banyak lepak,banyak makan (yg ni tak) ;p
Aihhhhhhh sampai esok pun tak abis list lagi.
Tapi tu la penyebab utama aku kecundang. HAHAA.
Padan muka kau. . Tapi disebabkan aku gagal ni la,
minda aku terbukak, hati aku tersuluh. Baru aku sedar,
kalau kita nak belajar, tak kira la kat mana pun,
Fokus tu penting. Usaha tu lagi laaaaaa penting ! 
Tapi aku? banyak berangan ada laa. ngeeee ;p
Jangan buat perangai macam ni ye students sekalian :]


Aku syukur. Allah bagi aku masa nak berubah.
Allah nak tunjuk kat aku, tak mudah nak capai sesuatu benda tu
kalau kita tak berusaha. InsyaAllah dengan pengalaman
sadis aku ni, aku akan lebih sedar dan fokus nak berjaya.
Taknak main main dah. menyesal nyah.

Thanks Allah :)
Thanks for giving me another chance to correct my mistakes.