Thursday, December 29, 2011

Tudung Mak Datin Sekalian



Salam pagi.

Adoi apa la nak jadi dengan 
tudung sekarang. Macam macam.
Kadang kadang sampai sakit mata tengok.

Semalam aku pergi mahkamah.
Ada hal sikit. Then kat sana aku berurusan
dengan seorang makcik yang cantik lagi menawan
bak mak mak datin yang ayu sekalian tapi shet!
Haihhhh. Muka ketat nak mampos.
Senyum kambing pun tak mau.
Yang aku pelik tambah hairan,
bukan aku je. Mak aku pun pelik.

Meh tunjuk,


Apa cer pakai tudung da lawa lawa
tapi nampak rambut??????
Rambut tu kan aurat.. 
Better la cabut je tudung tu dari tunjuk 
pesen ntahpape .
Bagi laa contoh yang BAIK kepada
anak remaja yang suci bersih tulus ikhlas macam
aku ni haa.. 

Macam mana remaja nak
elok kalau yang dewasa pon dua kali 
lima je. Haihhhhh -.-'

HAHAHA. Aku tak pandai lukis
weh. Burok benor rupenye.
Haa takpela,janji nampak rupe. kehkeh.



p/s : ini bukan entri menyindir @ mengutuk cuma meluahkan perasaan.
pagi pagi dah dapat dosa kering.
 insafff   >.<



Tuesday, December 27, 2011

A Pair Of . . . . .



Ni couple ?
-.-'


aku rasa ni macam orang yang da kawin.
haaa jari yang pendek tu macam isterinya
yg tengah pregnant sambil ditemani suaminya
yang nampak caring. Wah polos gtu ! ;p

sesungguhnya bercinta lepas kawin lagi
romentik. kan kan.


 Oke, aku tengah buang tebiat pepagi 
buta macam ni. dem.
mata ni susahh nak tido.




Sunday, December 25, 2011

Problemo .



Jeles.Ye aku jeles.

Tapi aku bukan jeles dengan perempuan perempuan 
yang kacau laki aku. (perasan) ;p
sori, i have no boyy eww eww . HAHA.ngek ;p

Tapi aku jeles dengan kejayaan teman aku.



Apa yang diaorang nak diaorang dapat.
Impian diaorang bagaikan hujung jari je.
Petik terus dapat.

Kenapa aku tak ? 
Ya Allah besarnya dugaan yang kau berikan.
Semoga kesilapan dulu adalah kunci kejayaan untuk
masa depan aku. InsyaAllah. Kuatkan aku :)

takkan Allah menguji hambanya di luar 
kemampuan hambanya sendiri. Amin.

Saturday, December 24, 2011

Starting again. Hiyarghh ;p



Hello worldd.
Eheee . Assalamualaikum dunia sekalian.
Well arini aku ada mood pulak nak mengupdate
blog aku yang comel tak sedar diri ni kan. Ahahaa xD
Ekcelli, lama da duduk kat uma ni.
Asyik makan tido tengok tb je. Ahhai boring.
Tapi still malas nak update blog. Miahaahaa teruk kan.


Emm tak lama da kan nak tahun baru dan malam
ni pulak nak krismas. Sedar tak sedar tahun 2011 
dah nak tutup tirai. Ganti pulak dengan tahun 2012
yang gilang gemilang (hopefully) . Sekejap je masa
berlalu. Umur pon makin naik tahun makin bertambah la.
Dan tu bermaksud aku semakin tua. Korang?
Haaa mesti sama macam aku jugak kann. ;p haha

Aku pernah mentioned aritu yang aku rasa tak
sabar gila gilak nak keluar dari matrik kan.
Then now, impian aku tercapai. Nak pahamkan lagi,
aku sudah berhenti dari matrik. Yeahh. STOP.
Macam sadis jugak kan bunyinyaa. Well nak buat
macam mana. Rezeki aku bukan kat situ..
Kenapa aku berhenti ? Sebab lepas ni
aku akan pergi buat dip nursing under SPA.

Mesti korang rasa aku rugi kan. Yelahh da abis
satu sem kot aku tertunggang-terbalik kat matrik tu.
Tup tup berhenti pulak. . Mula mula aku pun rasa macam tu.
Memang tak boleh terima yang aku akan berhenti.
Tapi lama aku fikir. Ada hikmah disebalik semua ni.
Mak ayah aku, kawan kawan terbaik aku.
Semua support aku pergi SPA. . Then dengan yakin,
aku amik keputusan nak berhenti dari matrik.
InsyaAllah aku harap ni keputusan terbaik untuk hidup
aku. Dan aku takkan ulang semula kesilapan aku yang lama.


Aku berbangga dengan pilihan aku yang baru ni.
Banyak benefit aku masuk sini. Kerja terjamin.Elaun banyak.
Hahaaa. boleh kumpul duit banyak banyak nak
 kawin. gatal ! Geli geli. HAHAHA ;P
Aku dapat kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB).
dekat Perak.. haha. Nangis tak berlagu la
aku duduk sana. Jauhhhhh doe. 
Aihhh ~ Sabor sabor . .

 Reason utama aku pergi dip nursing ni sebab result aku
kat matrik kureng cemerlang. Aku dah buat yang
terbaik, tapi tu jelah keputusan yang mampu aku capai.
Aku tau maybe aku banyak silap masa kat matrik tu.
Aku malas, tak rajin, suka bertangguh, banyak main,
tak bersungguh, study setakat cukup cukup makan je,
banyok tido, banyak tengok movie, banyak borak,
banyak outing, banyak lepak,banyak makan (yg ni tak) ;p
Aihhhhhhh sampai esok pun tak abis list lagi.
Tapi tu la penyebab utama aku kecundang. HAHAA.
Padan muka kau. . Tapi disebabkan aku gagal ni la,
minda aku terbukak, hati aku tersuluh. Baru aku sedar,
kalau kita nak belajar, tak kira la kat mana pun,
Fokus tu penting. Usaha tu lagi laaaaaa penting ! 
Tapi aku? banyak berangan ada laa. ngeeee ;p
Jangan buat perangai macam ni ye students sekalian :]


Aku syukur. Allah bagi aku masa nak berubah.
Allah nak tunjuk kat aku, tak mudah nak capai sesuatu benda tu
kalau kita tak berusaha. InsyaAllah dengan pengalaman
sadis aku ni, aku akan lebih sedar dan fokus nak berjaya.
Taknak main main dah. menyesal nyah.

Thanks Allah :)
Thanks for giving me another chance to correct my mistakes.

Friday, November 18, 2011

Bye rumah



Okeyy esok petang kena balik matrik dah.
Dan aku rasa sangat berat hati.
benci ahh balik sane.
tak suka.

omaigod i nampak hyun bin flying kiss kat i la. excited excited.
miahaha. 

Hopefully masa akan berlalu dengan cpt.
Tak sabar nak jadik ex-matrik.
Oh please.

Komen kat shoutbox tak sempat berbalas.
Pun tak sempat bw.

Bye blogg, kita jumpa bila
aku free semula k. 
Saranghae hyun bin.
muahahaha. takde kaitan ;p

Thursday, November 17, 2011

Siang mengantuk Malam berjaga .


What theeeeeee ,
ni lah yang tengah terjadi.
Malam berjaga siang tido.
Cuti sem yang sangat tak bermakna.
Pheeeewww. Life is boring.
 Okee, aku tipu tu. ish ish tak baik tau

Monday, November 14, 2011

From the Deep Heart



Lemah. sedih. tak kuat. nak nangis.
I need someone. matured.understanding. 
Lend me your shoulder please ?
Huk huk huk huk . T_T

Bila hati ni nak kuat? 
Ya Tuhan. Tolong lah .

Saturday, November 12, 2011

Ya Allah, Aku rindu Dia



Tadi aku pergi lawat blog sorang kawan aku ni.
Uhhh syahdunyaa.. Sumpah aku rindu dia gila !
Lama  tak jumpa dia. Last aritu waktu teman 
dia pergi KFC. Then, memang tak berkesempatan
langsung nak jumpa da. Lebih lebih sekarang ni
dia da takde kat sini. . Bila agaknya kami nak
jumpa lagi ? T_T

Nor Azifah binti Zakaria.
Dia ni salah seorang sahabat aku yang paling
aku rapat. Yang paling aku sayang.
Gipah, saya rindu awk.
Awk rindu saya tak? Hihihi ~
bila awk nak balik sini ? Macam macam benda
yang saya nak story kat awk. 
Tadi saya g tengok blog awk. Tengok gambar gambar
awk waktu kat KLIA. Sebelum naek flight .
Uhukk sedihnyaaa. Nak nangis rasa. 
Sori la sebab tak dpt join sekali nak hantar
awak. Time tu saya kat matrik. Jauhnyaa kita. Huhuu ;p
Ingat tak kita ada janji nak jumpa sebelum awk g Mesir?
Tapi still tak berkesempatan nak jumpa. emmm, takde
rezeki la tu kott. Takpelah gipah, awk jaga diri baik baik
kat sana. Study molek. Nanti dah jadi doktor,
Boleh la saya mintak rawatan free dari awk kan. eheee.
Kita kan kawan baik. hehehehehehe :)

Ni ada sikit gambar kita time dulu dulu.
aduhhh rindu sangat time tu. Kalau lah boleh 
putar kan balik masa ? Kalaulah  ;D
Sja nak bagi awk tengok. Kasi ingat sikit kitorang
kat sini. HAHAHAHAHA.
jangan lupakan kitorang tau gipah.
Sayang awk sangat. bestfriend for eva k !








HAHA. sori gipah kalau sy upload gambar awk tanpa
mintak permission dulu. halal yea. Saje nak surprise. eheee.
Sebenarnya banyak lagi gambar kita time dulu dulu.
Tapi upload sikit jela. Kalau awk rindu kitorang tengok
la gambar ni. buat obat. Ecehhhh ;p
Kitorang kat sini sentiasa doakan yang terbaik buat awk.
take care . Always miss U :)




erm gipah, nanti dengar lah lagu ni. Khas utk awk.
jgn tak dengar tau :)

A Little Thing Called Love .




Pernah dengar tak tajuk cerita A Little Thing Called Love ( First Love ) ?
Okeyy kat sini aku nak review la sikit tentang cerita ni kalau
korang tak pernah dengar or tak pernah tau.
Sumpah nak cakap bebb , best doe !
Satu matrik aku belaka da tengok cerita ni. 
semua kata best. . . . tak tipu xD
Tak percaya? Cuba la korang tengok sendiri and nilai, 
kompem akan suka. terutama perempuan la kan. Dah nama
tajuk pun ada love eww eww gitu, ceritanya pon ala ala sweet
gitu la. . meooooewwwww :D

First, cerita ni ialah cerita dari negara seberang
iaitu Thailand. Filem ni pulak da keluar tahun lepas da (2010)
Cuma baru tahun ni nak ada kat Malaysia kot ?

Bermulanya kisah bila seorang budak perempuan yang sangat tak cantik
yang bernama Nam admire kat seorang senior yang bernama Shone.
Shone ni memang handsome sangat sangat and femes di kalangan 
student perempuan.Nam memang lama giler dia admire kat Shone tu .
Ada la lebih kurang tiga tahun. . . . 
 Macam macam cara dia guna untuk tarik perhatian
si Shone dan macam macam peristiwa lucu yang terjadi.
Okeh aku malas dah nak cerita panjang sebab aku tak reti
nak cerita macam mana, tapi,dalam cerita ni kita dapat tengokla 
macam mana seorang lelaki telah mengubah hidup seorang perempuan.
Nam jadikan Shone sebagai inspirasi dia dan terbukti dia berjaya.
Okeyyy nanti kalau korang rajin, tengok la kesudahan cerita ni.
Dijamin best ! Peaceee :D 
aku kasi 4½ bintang dari 5. 


MARIO MAURER
Aku berani terjun katil kalau nak suruh
 puji dia handsome! Handsome sangat !
 
PIMCHANOK LUEWISEDPAIBOON
pelakon perempuan ni pun cun.
Tak sangka dari rupa dia tak lawa
jadi cun gilaa. ( dalam cerita tu la )

Nam (kanan sekali ) dan kawan kawan masa gred 1 .

shone kena denda.

time ni sangat sweet. Shone bagi bunga sekali dengan pokok
ngan akar dekat Nam. hahahaha

SNOW WHITE and PRINCE

WAAA, fall in love with Mario Maurer ! :)
teringat pulak kat abg kafe A tuh. Kah3 !

Shone tengah cerita kisah sotong dekat Nam ^^

selepas 9 tahun :) diorang jumpa semula ~

sweetnyeeeee. eww ewww . ;p


Kalau lah aku ada bf sehensem tu. Muahahahahahahaha xD









Tak boleh Nak Follow Dah.


Assalamualaikum.



Jeng jeng jeng jengggg ! Pelik tak tajuk entry tuh ?
Haaaa, ni yang nak habaq ni. Aku pny blog ni dah tak boleh 
follow/add mana mana blog daaa. Why ? Sebab dah full la wehh, hee.
Maknanya kat sini,aku kena remove/UNFOLLOW setengah dan mungkin
seberapa banyak blog yang boleh. Mintak maap la bagi blog sesapa
yang perlu di UNFOLLOW tu sebabnya aku memang tak baca and
tak ikuti langsung tentang blog korang. Mintak ampun banyak banyak :)

Biasalah waktu muda muda dulu. Waktu still mula mula buat blog.
Memang excited kemain habis. Blogwalking sana sini.
Then, bila orang blogwalking kat blog kita, dia hantar komen
kat shoutbox suruh kita follow. Time tu dengan lurus bendulnya
terus la follow. Padahal kita sendiri tau buat apa la nak follow
kalau dah sendiri tak suka . Haihhh, tak matured btul dulu ;p
sekarang ni pun aku rasa macam takde mood je dah nak online.boring.
Phewwww. So, aku just akan isi masa aku dengan blog yang 
aku selalu lawat jee. ^.^ 

For now, aku terpaksalah amik keputusan kejam ni. 
Psssst pssssst, ni nak bitau sikit ni. Baca molek ye :)
Aku akan follow blog korang kalau aku suka. 
Jadi, takde istilah ' I FOLLOW U, U FOLLOW ME' .tenkiu.

ohh please laaaaa. dulu penah da aku buat entri pasal benda nie.
Adehh -.-


Wednesday, November 9, 2011

Invisible





who can give me a hand ? help me -.-


Aku macam dah tak ada perasaan sekarang.
sumpah , plain gilaa.kosong .
rasa nak duduk sorang sorang je dalam dunia ni.
taknak jumpa sape sape.
mintak maaf sangat sangat kalau perangai aku
ni buat kawan kawan aku terasa .
sory again, aku takde niat nak buat korang terasa ngn aku.
tapi hati aku dah tak larat nak rasa apa apa.
perasaan aku bermasalah.
get tired ,


It is so hard to forget someone who gave you so much to remember.
*kenapa aku perlu rasa macam ni kat dia  =="
cukup anum. Lupakan ! 

Monday, September 19, 2011

Again.



pwtff ; sigh .
hurt.broken.
makin hari makin sakit.
makin hari luka makin dalam.
aku je yang boleh tau ape aku rasa. Ouch!
ya Allah, kuatkan hati kau Anum.
Kau mampu..
Ya Allah, tolonglah bagi aku kekuatan .
Amin. 


 Orang tak ada ugama sahaja yang forever alone, kerana mereka tidak percaya pada tuhan dan tidak pernah berpeluang menyintai tuhan, maka, bercintalah dengan Tuhan semampu mungkin, enjoy the silence, dan kelak, terpulanglah pada Allah, untuk kahwinkan kamu di dunia (jika umur panjang dan ada jodoh) atau di akhirat(jika umur pendek dan beramal soleh)..
~aku cuba memahami dengan baik  kata kata ni~

sumber ayat dari ; 
http://keretamayat.blogspot.com/




Friday, September 16, 2011

-.-





Kau dah ada life sendiri.
Life kau memang buatkan kau 
fully lupakan aku. .
Yelah siapa lah aku untuk kau ingat.
Aku ni boneka kau je kan.
Kau cari aku time kau bosan.
Aku ni permainan kau . Huhh .

hate kau damn !




Friday, August 26, 2011

1 # Kata kata Dia.


Assalamualaikum semua ~
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali
untuk berceloteh. Tapi dalam masa yang singkat aje lah.
Maybe untuk minggu raya ni aje. Huuuu kesibukan membataskan 
diri untuk berblog campur takde mood. KEHKEH ;p

Nah, aku nak simpankan apa yang dia pernah cakap kan
untuk aku dekat sini. . save it as memories :)
Maybe one day nanti, aku dan dia takkan berkawan lagi?
Mana tahu kan apa yang terjadi untuk akan datang :)

bintang ; bulan 
Mr.A kata ,
Kita kena target bintang. Sebab kalau kita target bintang akan 
dapat bulan. Tapi kalau kita target bulan sahaja, mungkin kita
takkan dapat apa apa. Bintang kan lagi tinggi dari bulan.
Jadi, sekalipun kita tak dapat bintang tu kita akan dapat bulan
sebab dari awal lagi kita dah target bintang yang lagi tinggi dr bulan.
Sebaliknya kalau kita target bulan, kita takkan dapat apa apa.
Sebab bulan kan rendah. Kalau dah jatuh, tak ada apa la yg dapat :)

Terima kasih Mr.A sebab kasi aku semangat time aku 
memang tengah rasa down . Walaupun aku tau, kau
tu pun, bukan pandai sangat nak pujuk pujuk orang nih.
Tapi thank u la : ) Aku akan ingat sampai bila bila.



Thursday, July 7, 2011

Hidup Saya di Sini ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

matrik saya =)
Alhamdulillah syukur sampai ke hari ni aku masih bernafas.
Walaupun kadang kadang rasa susah sangat hidup ni tapi kita
mesti kena teruskan jugak. Takde apa yang senang sebelum hadapi kesusahan. ^^

Pejam celik pejam celik dah sebulan aku dekat bumi matrikulasi nih.
Huuuuuuuuu.. macam macam benda yang aku rasa.
Betullah orang cakap, hidup kat matrik ni tersangat la penat.
sekarang aku dah rasa erti penat tuh. .
Dan memang tersangat letih dengan life kat sini.
tiap tiap hari kerja berlambak. Tak siap lagi kerja yang ni,
dah tambah kerja baru, tak sempat lagi nak siapkan kerja yang
baru tu, datang pulak kerja yang paling baharu. Whoaa what the.
Dalam kata lain, tiada istilah berehat bila belajar kat sini.
Tapi, kena la fikir positif kan.. tak bole nak tension tension.
Setahun je masa yang perlu struggle kat matrik nih.
so, dalam masa yang singkat ni kita kena berusaha kuat dan aku 
la orang bertuah yang terpilih tuuu. Tipu laa kalau aku kata tak stress kan.
Aku ngaku kadang kadang aku menangis jugak. Tak tahan kot.
bila da nangis tu baru laa rasa tenang dan boleh fikir secara rasional.
nak simple kan cerita aku mesti tabah dan kuat untuk berjaya di sini :)

Actually best wooo duduk kat sini. Full dengan kawan kawan.
kawan kawan pulak dari berlainan negeri , jadik,  rasa seronok
sangat bila exchange cerita pasal tempat mereka.
banyak experience la bila kita kat matrik ni.
baru baru ni aku main kayak. huuu first time tu.
new experience rite ? and and lagik satu.
bukak puasa hari tu kami makan sama sama dalam dulang,
HAHAHAHAHAHA.
Mula mula tu aku terkejut jugak. macam mana nak makan
sekaligus ramai ramai dalam dulang kan ?
tapi oke je sebenarnya. kami letak makanan yang dah di bungkus 
tu dalam dulang. satu dulang kongsi 5 orang makan.
sweeeeeet sangat ! dapat mengeratkan silaturahim tau ~
^______^ 
emmmmmm banyak sangat sebenarnya yang aku nak cerita.
tapinya otak kekeringan ayat sekaligus masa jugak tak mengizinkan
aku mengonlinekan diri lama lama. so, let me just keep it in my memories :)



Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie Bestt !



Tadi aku tengok NUR KASIH THE MOVIE 
dekat ECM. best sangat sangat !
Wuhhh feeling abis laaaa. Menyentuh perasaan, hati n jantung ^^
Serius tak tipu . . Bagi sesapa yang belum tengok,
baik pergi tengok . Best la jugak nak buat air mata
banyak banyak. HAHAHAHA .
Aku rasa nak nangis jugak tadi, ada la kuar 
dua titik air mata sebab nak cover dengan member sebelah.
KIHKIHKIH XD

Kisah ni sambungan tentang Adam dan Nur.
Kemudian, dalam cerita ni, isteri Aidil pun meninggal dunia
jugak sebab kemalangan jalan raya. .
Aidil ada dua orang anak sorang laki, 
sorang perempuan. Dan ada la kisah kisah nye ~ ehee ^^
Sambung balik citer pasal Nur ,Nur keguguran. . 
Jadi, Adam bawak la Nur pergi Jordan. 
Kat Jordan banyak insiden yang berlaku. *sedihh*
Dalam cerita ni jugak, Adam sakit .
Then blablablabla.. Tamat ~ HAHAHA.
Nak tau ending cerita ni camne ?
haa, pergi la tengok nanti ye .
Biar korang tengok dan rasa sendiri
jalan cerita nur kasih the movie nih macam mane.
Touched ! T_T
P/S : aku tak reti nak bercerita and rumusan aku tentang nur kasih agak berterabur.
so, kalau nak tau jalan cerita nih silalah ke pawagam berdekatan anda. PEACE! x)
mia sara sangat comel dan cute cute ! awww :D
Semua pelakon dalam cerita nih berjaya bawak
watak mereka.  . Tahniah & aku kasi 9 bintang 
untuk cerita nih,. Woo tinggi tak rating aku bagi.
KEHKEHKEH :)




Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


alololo comeynye bdk ni tido, HAHA. -sumber google-
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. 
Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam 
tubuh kita akan terkumpul dan ini akan 
mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah :
  • Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  • Tidak buang air kecil di pagi hari.
  • Terlalu banyak makan.
  • Tidak mengambil sarapan.
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  • Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, 
  • pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  • Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. 
  • Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun 
  • makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. 
  • Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, 
  • kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  • Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. 
  • Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. 
  • Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. 
Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita 
untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana .... Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am : juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan 
darah.Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

EHEEMM , actually aku copy dari facebook org je.
Saje nak share. Sharing is caring rite ? EHEE :DD
Aku ni pun dikategorikan seorang yang
TIDUR LEWAT BANGUN LAMBAT , HAHA ~

Monday, May 16, 2011

A Piece of Memories ,



Gambar ni di ambil kat sekolah tadi.
Pergi celebrate hari guru kat sekolah.
Whoaaa majlis memang best ! 
Then dapat la jumpa ngan member member semula.
Rindu giler laa. . .
Last time jumpa before masing masing bergerak
ke universiti mahupun matrik mahupun mana mana
tempat pengajian.
CHEERS ,











:: sumber dari HAZIRAH HAMZAH :) 
tq jirah xD




Sunday, May 15, 2011

Surat Letak Jawatan ; Khas untuk Blogger .


PERHATIAN,

Ada sapa sapa rasa addicted berblog tak ?
Kalau sehari tak bukak blog ,
rasa macam macam benda tak kena .
makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah . . . 
Yelaa, bukan tak sempat berblog sebab apa, 
kerja banyak sangat nak buat ...
Tapi kat sini ada sesuatu la nak share ngn korang.
Aku rasa macam sesuai dengan orang yang sudah bekerja.
Alaaaa kita kita yang tak keje ni pun bole juga guna nanti :p
HAHAHAHAHA.
So, kalau rasa rasa tak reti nak tulis surat resign,
meh la copy surat kat bawah. Gempak punya reason laa . . .
All because of blog. KEHKEHKEH.


Kalau rasa kelakar silalah gelak,
KAHKAHKAHKAH XD


Thursday, May 12, 2011

Topup ohh Topup.


Assalamualaikum cik Anum ucapkan :D

Credit topup = Kredit tambah nilai
-Celcom, Maxis, Digi, Umobile, iTalk-

Tadi aku ke kedai topup area kawasan rumah aku ni la.
Hajat di hati nak beli topup tiga ringgit. Untuk no celcom.
Tapi bila aku mintak topup tiga ringgit, budak cina kat kedai
tu kata takde. Laaaa, bila pulak la topup tiga ringgit celcom takde ni. .
Setahu aku, kedai kat kawasan rumah aku ni masih jual 
topup tiga ringgit. . Tapi tak sangka pulak da tak jual. .
 Aku ni lak pokai takde duit. Nak topup tiga ringgit pun tak lepas.
Haihh topup topup. Nak dapat yang murah pun susah.
Pastu aku try jugak usha kedai lain, semuanya sama.
Tiada topup tiga ringgit. . Nak taknak aku beli la jugak yg lima -.-
Kecewa kecewa . .

Kalau dulu topup tiga ringgit ni senang je nak dapat.
Kat bandar pun ada. Tapi makin lama, kat bandar tak jual da topup
tiga ringgit. Dah tu kena caj pulak. Dua posen la, tiga posen la,
Lima posen pon ada. Mahal betul . . . = = "
Memang untung besar lah penjual penjual topup ni.
Dalam masa sehari mesti boleh capai ribuan ringgit.
Kita yang beli topup ni pulak, makin miskin jadinya ..

Nak cerita sikit la ni, aku start pakai fon waktu tingkatan dua.
Tu pun da hujung tahun. Waktu tu pakai fon nokia 3310.
Wahh masa tu rasa bangga gila bila tunjuk fon kat kawan. HAHAA.
Bila dikira nilai topup yang aku beli dari start pakai fon,
sampailah sekarang umur aku da 18 tahun,
nilai nya memang tak terkira. . .Kadang kadang tu ada
topup rm10, kadang kadang rm5, kadang kadang rm3.
Bila dicampur campur dalam masa 5tahun ni, aku rasa
memang cecah sampai ribuan ringgit laaa.Setuju ?
Baru duit topup tuu bebb. HAHAHAHA.
Aku rasa kalau dikumpul duit tu, boleh la jugak beli
laptop 3 bijik, kamera DSLR 2 bijik, 
sony ericsson xperia mini pro sebijik . HAHA. Betul tak?

Nasihat ayah aku dulu dulu ; *emm sekarang pon kena bebel
lagi kalau selalu beli topup. HAHAHA.*
"akak, cuba guna duit tu beli benda lain, buku ke,
baju ke, makanan ke, kan banyak faedahnya.Kalau beli
topup tu bole makan ke. . membazir je kan "
Betul gak kata kata beliau, tapinya aku ni sebagai seorang
remaja tak bole hidup tanpa kredit :D
Mesti rasa nak jugak ada kredit sebab nak
 mesej orang la, nak tepon orang la. . KEHKEH. . .
Jadi, untuk meng ada kan kredit dalam fon, kita
kena la topup jugak . . Membazir ? 
Kadang kadang rasa gak macam tu. .
Tapi takpelah, aku bahagia. HAHAHA :D

Konklusinya , pandai pandai lah kita balance kan
duit perbelanjaan kita untuk belanja topup dan barangan lain.
---Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitan. .--- 

p/s
Hidup zaman sekarang ni semuanya mahal. . .
Takde yang murah bukan ?
Sesungguhnya entri ni peringatan untuk aku, hee ~
Betapa banyaknya aku belanja untuk kredit fon -.-



Wednesday, May 11, 2011

nothing ^^


Assalamualaikum & morning yep :D

Selepas beberapa hari, lama lah jugak
aku baru start berblogwalking semula hari ni.
Haihh serius aku malas betul nak berblogwalking.
Aku perlukan mood untuk buat keje tuh. HAHAHA.
Entah ape mimpi pagi ni, aku buat lah lawatan
dari blog ke blog . Banyak jugak lah tempat aku
jejak. Penat tau . Semput dah ni. KAHKAH =='
Pada yang dah follow aku, terima kasih bebanyak.
Aku memang tak sempat atau yang lebih tepat,
aku kemalasan nak berblogwalking. HAHA. sori ^.^
Emm lagi satu, kadang kadang tu aku
tak dapat memenuhi kehendak seseorang yang minta
di follow semula kalau dia dah follow aku.
Rasa serba salah jugak kalau tak follow balik.
*Tapinya bagi aku, aku akan follow blog orang
tu KALAU aku rasa nak follow.* Dengan seikhlas hatinya.
Tak payah suruh suruh pon aku akan buat sendiri,
Jadi mintak maap yea kalau aku tak dapat memfollow anda balik.
Peace semuaa , eheee :)

Baru baru ni dashboard blog aku ni buat hal.
Tibe tibe jadi mengong. Semua blog yang aku dah follow hilang.
Aku memang cuak laa. Takkan la aku kena memfollow org semula.
Ponatt denn. Tapi alhamdulillah semalam dashboard tu da oke.
Secara sendiri. Tiba tiba je muncul pulak news terkini pasal
blog blog yang aku follow. Syukran syukran  :)
Aku pun tak paham mcm mana sebelum ni semua tu hilang. haish=="
HAHAHAHAHA.
gambar yang tiada kaitan. cuma rase menarik sbb bentuk hati :)
sekian terima kasih. . :)