Hello worldd.
Eheee . Assalamualaikum dunia sekalian.
Well arini aku ada mood pulak nak mengupdate
blog aku yang comel tak sedar diri ni kan. Ahahaa xD
Ekcelli, lama da duduk kat uma ni.
Asyik makan tido tengok tb je. Ahhai boring.
Tapi still malas nak update blog. Miahaahaa teruk kan.
Emm tak lama da kan nak tahun baru dan malam
ni pulak nak krismas. Sedar tak sedar tahun 2011
dah nak tutup tirai. Ganti pulak dengan tahun 2012
yang gilang gemilang (hopefully) . Sekejap je masa
berlalu. Umur pon makin naik tahun makin bertambah la.
Dan tu bermaksud aku semakin tua. Korang?
Haaa mesti sama macam aku jugak kann. ;p haha
Aku pernah mentioned aritu yang aku rasa tak
sabar gila gilak nak keluar dari matrik kan.
Then now, impian aku tercapai. Nak pahamkan lagi,
aku sudah berhenti dari matrik. Yeahh. STOP.
Macam sadis jugak kan bunyinyaa. Well nak buat
macam mana. Rezeki aku bukan kat situ..
Kenapa aku berhenti ? Sebab lepas ni
aku akan pergi buat dip nursing under SPA.
Mesti korang rasa aku rugi kan. Yelahh da abis
satu sem kot aku tertunggang-terbalik kat matrik tu.
Tup tup berhenti pulak. . Mula mula aku pun rasa macam tu.
Memang tak boleh terima yang aku akan berhenti.
Tapi lama aku fikir. Ada hikmah disebalik semua ni.
Mak ayah aku, kawan kawan terbaik aku.
Semua support aku pergi SPA. . Then dengan yakin,
aku amik keputusan nak berhenti dari matrik.
InsyaAllah aku harap ni keputusan terbaik untuk hidup
aku. Dan aku takkan ulang semula kesilapan aku yang lama.
Aku berbangga dengan pilihan aku yang baru ni.
Banyak benefit aku masuk sini. Kerja terjamin.Elaun banyak.
Hahaaa. boleh kumpul duit banyak banyak nak
kawin. gatal ! Geli geli. HAHAHA ;P
Aku dapat kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB).
dekat Perak.. haha. Nangis tak berlagu la
aku duduk sana. Jauhhhhh doe.
Aihhh ~ Sabor sabor . .
Reason utama aku pergi dip nursing ni sebab result aku
kat matrik kureng cemerlang. Aku dah buat yang
terbaik, tapi tu jelah keputusan yang mampu aku capai.
Aku tau maybe aku banyak silap masa kat matrik tu.
Aku malas, tak rajin, suka bertangguh, banyak main,
tak bersungguh, study setakat cukup cukup makan je,
banyok tido, banyak tengok movie, banyak borak,
banyak outing, banyak lepak,banyak makan (yg ni tak) ;p
Aihhhhhhh sampai esok pun tak abis list lagi.
Tapi tu la penyebab utama aku kecundang. HAHAA.
Padan muka kau. . Tapi disebabkan aku gagal ni la,
minda aku terbukak, hati aku tersuluh. Baru aku sedar,
kalau kita nak belajar, tak kira la kat mana pun,
Fokus tu penting. Usaha tu lagi laaaaaa penting !
Tapi aku? banyak berangan ada laa. ngeeee ;p
Jangan buat perangai macam ni ye students sekalian :]
Aku syukur. Allah bagi aku masa nak berubah.
Allah nak tunjuk kat aku, tak mudah nak capai sesuatu benda tu
kalau kita tak berusaha. InsyaAllah dengan pengalaman
sadis aku ni, aku akan lebih sedar dan fokus nak berjaya.
Taknak main main dah. menyesal nyah.
Thanks Allah :)
Thanks for giving me another chance to correct my mistakes.
3 comments:
Nyesal mak nyahhh . HAHA .
Btw , bagus gila lah kau keluar dari matrik tuh sebenarnya . Matrik susah kan ? Stress kan ? ceh macam aku pernah rasa jee . Kehkeh
SPA sangat lah menjamin babe ! tak salah lah keputusan kau tuh .
Rugi nya dulu tak apply nursing kat SPA , boleh pulak apply lain , lastlast tak dapat -.-
Ehh good luck yaw ! D;
*mood karangan aku tengah datang ni tuh sebab panjang berjelar jelauu .
Good luck kak !
oooo..jadi nurse la ni eh..baguih2..cari laki doktor na..