Monday, January 31, 2011

About a Supermarket :).

sekadar gambar hiasan. ntah the store mane nih. ;p

Halo Halo !
Apa khabar semua? Sihat sihat belaka oke. :)
Hari ini aku nak cerita sikit tentang sebuah Supermarket yang bernama THE STORE .
Mesti semua pernah pergi sana kan. Shopping baju, kasut, seluar, mainan, makanan ~
Aishh ! Macam macam la bole kata kan. Betul tak? Barang barang kat situ pun
kita sedia maklum memang agak berkualiti tapi harganya pon memang up la sikit.
Takpe, bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai . Hihihi :) 
Supermarket tu memang tempat aku dan kawan kawan aku suka pergi.
Tak lengkap perjalanan kitorang kat bandar tanpa pergi ke Supermarket tuh. HAHAHA!
Muka kami ni lah yg asyik melekat kat situ. Ala, bukan shopping amende pon.
Suka suka survey barang aja, window shopping. HAHA! Biasalah, kaum wanita 
memang macam tu kan. Weee~
Actually sebelum aku kerja situ banyak benda yang aku tak amik kisah.
Tapi, selepas aku dapat kerja situ, banyak la benda yang aku tau. 
Tentang kisah baik dan buruk nya dalam supermarket itu sendiri.
Aishh, mcm mcm kisah la ada. Dari gosip kawan satu kerja sampai lah
cerita hantu. HAHAHA! Dalam bahasa buruk sikit, banyak dosa la gak
dok kat supermarket tu. Ape tak nya mengumpat tiap tiap hari.
Oppss!  Aku tak lah join sgt cuma pendengar yang setia aja . HEEE ~

Eh ehh! Banyak da pulak aku mengarut ea. Entri kat atas nak cter pasal rules kan.
Ahahak ~ Oke, first kalau la ada sesiapa yang mempunyai impian nak kerja kat
supermarket ini, korang hendaklah mengurangkan nafsu untuk bermain handphone .
HAHA. Rase rase korang mampu tak? Kalau kat situ, handphone dilarang bawak masuk.
Kita mesti tinggalkan kat luar. Susah kan? Kalo hilang sape nak bertanggungjawab kan.
Huhu. Kemudian, rules pasal pakaian pulak lagi ketat . Kat sini pekerja baru diwajibkan
memakai baju putih, seluar slack hitam, dan kasut hitam. Dengar, wajib tau. Tapi, kalau
pekerja lama diorang akan dibekal kan t-shirt THE STORE yang warna merah menyala.
Tentang baju, kalau kita nak pakai baju lengan pendek, kita diharam kan memakai
inner mahupon sebarang baju tambahan di dalam. Ish3! Aku memang tak bole terima.
Bodoh apa nak kasi tunjuk aurat kat orang? Yang ni aku sangat tidak setuju . Kalau nak
tutup aurat tu, kita kena pakai baju lengan panjang.But,the problemnya pula baju tu
mastilah singkat ataupun kita kena tight in kan. Adehh, malu la weh nak tight in kan 
baju.Korang suka tight in baju? HAHAHAHA! Nampak kelakar kan?

So, konklusinya rules baju kat sini nampak sangat tidak menutup aurat. Jadi, kita
fikir-fikir kan lah sendiri mane yang lagi penting. Aurat a.k.a kerja? Entah la. Kalau
aku pon dilema jugak.. Next, kerja kat sini ambil mase 8jam hingga ke 10jam.
Wahh, lama kan. Sehari abis duduk dalam supermarket tu aja. 
Lagi rules untuk jadi promoter lak. Kalau korang apply mahu jadi promoter
korang kena la kuat dari segi fizikal dan mental. As a promoter, korang tak 
dibenarkan untuk duduk! Walaupun takde customer . Mak aihh, sumpah penat.
Memang sakit la kaki. Kompem tumit korang pecah nanti. HAHAHA!
Tapi, kalau nak mencuba apa salahnya. HEE~ Tapi kalau cashier lak,
aku tak berapa pasti .Tapi cashier pon penat gak. Huhuhu, senang citer
semua kerja memang penat kan. Takde kerja tak penat. Betul tak?
Nampaknya entri aku panjang berjela dah ni. Aku tau, bukan ada orang baca.
HAHAHA! bak kata kawan aku 'A.A.K' . that's mean, ada aku kisah?
Huahuahua. Layan je la. Chaoo dulu ! 
ZASSS ~

Beg RM10 :)


Assalamualaikum ~
Hari ini 30 Januari . Jadi, hari ini last aku bekerja sebagai part time promoter
kat The Store . Suka sangat sangat. HAHA!
Banyak sangat pengalaman yang aku dapat bila bekerja nih.
Memang tak sia-sia la aku bangun pagi, tunggu bas kat tepi jalan.
Nasib baik pakcik bas tu tak buat hal, kalu tak kompem aku
tak lepas nak ke bandar. TQ pakcik bas! Sayang pakcik . Huahuahua XD
Esok tinggal nak packing barang je, . Haih, bila pikir balik mesti aku rindu
nak kje semula kan. Rindu kat semua benda la. Kawan, customer, bau barang kulit.
Ahaakk! Tak bole blah rindu bau barangan kulit tuh, HAHAHA!
Part BEE SAME : Kak Nor, Aku, Pieha, dan Annum will miss them.
Part SENTINI : Winson, Kak As, Tiqah, Fatin, Cheah! msti rindu mereka la.
Ohh Winson yg cute . Esok la hari terakhir nak jmp dia, HAHAHA!
Member member the store yg lain pon aku akn rindu. Wuuu~
Hope sampai bila bila kita akan trus mengenali k. Hehe :)

Ni  la BEG rm10 . kami promoter bee same ada beg cekelat yg same, ki3:p
Tadi ada 1 cerita lawak nak mampos berlaku, serius kelakar gila!
Sakit perut aku gelak. HAHA. Nak dijadikan cerita, tadi ada happy hour 
kat SENTINI. Jadi, akak and Pieha sibok la nak beli beg . Pastu, 
yang xbole blah, aku  ngan Annum pon jadi mangsa kena beli beg tu.
Sebabnye nak dapat kan  harga murah, RM10. Aku pun dengan hati yang
separuh rela sudi je la nak join dengan pakatan diorang tu. HAHAHA.
Beg reject je  pon. Ala, layan aje, buruk gak , tapi boleh tahan la.
Tak rase nak campak pon beg tu sebab buruknye. Kui3 :p
Kelakarnya dalam stori aku nih, ada la sorang guard india ni sibok
nak tolong Kak Nor pinjam kan duit. Lawak sgt. Ada ke dia panggil
customer nak pinjam duit? Dah la tak kenal. Dia wat slumber je dan dengan
muka tak bersalah mintak pinjam. HAHAHA! Tak tau malu betol. Customer pon 
pelik ngan guard tu. Yang Kak Nor ni plak da malu giler, 
sampai tak tau mane nak sorok muka.HAHA. Guard punya angkara. 
Yang best nya dia p la plak tanya org kat dlmdewan tu ada tak sepuluh hinggit? 
Haa, memang tak tau malu kan. huhu.
Siap je beli beg,kitorang gelak kan guard tu. Guard tu kelakar sgt~ HAHA.
Lagi satu stori, kat tmpat keje aku tu , aku suka sgt ngan sorang budak cina nih.
Nak kate hensem x jugak. Tapi dia tu kelaka sangat. Budak cina tu sangat
menggelabah and kalut. Kalo org lain tgk pon kompem tergelak. HAHA .
Bagi aku, aksi dia sangat comel dan menncuit hati. Loike :)
Lastly, big boss the store tu namanye Miss Chong ! Ohh ~ dia tersangat la
garang. Sume org takut kat dia. Serius, sekali dia marah, kompem air mata
terus mengalir tak tertahan. HHAHA! Aku pon jd takut ngn dia. Tp, syukurnye,
aku tak pernh lg kena marah . Nasib baik. Hehehe.. Ada 2 org Miss Chong .
Sorang tu org panggil dia Miss Chong Baby sbb dia mengandung. 
Sorang lagi panggil dia Miss Chong dugong .Coz, saiznye lagi besar.Hehe .
Aishhhhh! sangat la tak baik kan.Aku ikut je, da diorang kasi gelaran. Huhuhu :P
Inilah serba sedikit kisah Anum Dan  The Store. Manis pahit ada belaka.
I lovethestore . Muahahahaha :)
DAA ~

Friday, January 21, 2011

My First Day !


barang di Department BEE SAME , weee :)
Hello !
Ari ni hari first aku bekerja. Ohh, sungguh penat! Tak tau nak terjemahkan macam mane.
Yg penting mmg penat gila. Penat bkn sbb ape. Keja aku tak payah pakai otak pon.
Senang bukan? Tapi yg masalah sikit, aku kena berdiri sepanjang masa! Boleh pikir kan
macam mane penatnye .Aku kerja dlm tempoh 8 jam. Dan 8 jam tu lah aku kena berdiri. 
Btw, aku kerja sbg seorang promoter dkt THE STORE ~ HEHEHEHE ..
Promoter kat barangan kulit. Boleh tahan!! HAHAHA! Kebanyakannya barangan kulit 
utk lelaki laa . Semua jenama yang brand brand dowh ! Sumpah, mahal nak mampus !
Contohnya? Ha, meh nak bitau sikit.Ada jenama johnlangford ,finn flare,obermain,bum .
Entah betul ke tak aku eja name brand brand tu. HAHAHA! Layan sudah, ngee :]
Bak kata astro, MACAM-MACAM ADA.( time sale, murah la skit ;p )
Actually, aku kerja part time je. For two weeks only.Ok la tu, aku dapat gaji jugak nanti.
Aku keje ni pon sbb pikir nak kan duit. HAHAHA! Tapi, aku bukan mata duitan. 
Dan lagi satu, nak cari pengalaman . Kat situ aku kenal ramai kawan baru. Dan diorang
semua peramah . Yes, I loike ! Jadi, tak kekok la nak sesuai kan diri kat tempat tu kan.
Ada Kak Nor, Anum, Tiqah, Ira, Fatin, Syaz . Ala, ramai la lagi. Tak payah la nak mention
lebih lebih. hehe ~ So far so good. Diorang sume bes! Layan~ :D
Alhamdulillah, hari pertama sale da dapat untung seribu lebih lebih. Kalo nak pikir,
barang mahal gila, tapi sebab ada potongan harga ramai la mampu nak beli. :)
Hapi je tengok bila pelanggan pelanggan dtg beli. HAHAHA! 
Macam macam kerenah aku jumpa . Yela, biasa la tu kan. huhu ..
Macam ada kawan aku kata ' customer is always right '
Yang ni la kami kena pegang kat sana, HAHAHA .
Adehh, banyak plak gelak aku ni.
Sampai sini je la pengalaman aku. Ada stori, aku tulis la lagi.Ecehh ;p
Assalam :)





Diri Sendiri Atau Orang Lain ?.



Tajuk ni aku dapat waktu aku dengar ceramah kat radio IKIM :)
Seronok sangat dengar penceramah tu bebel. HAHA!  Tak boring, siyes .
Tapi, lupa la plak nama penceramah tu. HEHE .
Takpe la, janji aku dapat la sikit sebanyak pengajaran nye.
Yang aku paling tertarik ialah statement tentang , 
kita kena jadi baik dulu pada orang lain sebelum nak orang baik pada kita.
Setuju  tak dengan statement ni?
Mula-mula dulu aku selalu fikir camni,
kenapa kita nak jaga perasaan orang kalau orang tu tak pernah nak
jaga perasaan kita. Aku rasa bnd ni dalam topik yang sama . 
Bila aku dengar penceramah tu cakap,
aku mula berfikir balik. Jadi, maknanye, aku perlu pentingkan perasaan
orang lain dulu lah sebelum aku nak menjaga hati sendiri. Macam tu?
HAHA, konpius sudah.
Ok la, amik mudah.
Senang cerita, kalu nak orang layan kita baik,
kita la kena mulakan dengan perangai yg baik, yang x dibenci oleh orang,
yang disukai oleh orang ,orang tengok pon sejok je. HEE ~
bila kita semua da baik, automatik orang pun akan bersikap baik
dengan kita. Lagi, kalau lah kita yang mula kan untuk jaga perasaan
orang dengan tak menyakiti diorang , komfem orang lain pon akan balas
dengan apa yang kita buat tu.
Lastly, semuanya dari DIRI SENDIRI, oke. . Itu lah konklusinya.
 So, aku kena la buang cara pemikiran aku yang banyak elemen negatif tu. 
Now, new Anum is appears ! hiyargh ~ HAHAHAHA!
POSITIF BEB ! :)

Sunday, January 16, 2011

Jarang-Jarang Update Blog .



Salam :)

Ok, kenapa aku tulis tajuk nye jarang update blog.
Sebab utama nye adalah di rumah aku ni tiada internet.
Bukannye x ada, tapi abah aku akan bawak balik broadband a.k.a internet
balik ke KELANTAN, tempat keje beliau . Uhh, aku baru nak berjinak-jinak dengan blog-blog 
ni. Tapi keadaan sangat tidak mengizinkan. huhu .
Jadi, kalau lah aku update blog pon di hujung-hujung minggu saja.
Sebab broadband baru balik umah. HAHAHA .

Walaupon blog ni sememangnye perlu di update selalu tapi nak buat
mcm mane kan. dah tak dapat . aku redha saja . ngee :)
Nampak gaya nye macam ni malam terakhir untuk aku menulis
kat blog ni. Abah aku nak balik kelantan dah. Isk3~ 
Ala, tak ape, minggu ni aja. Next week, kita online lagi oke, cik Anum .
Jangn sedihsedih ~
wee wee wee :D

OK lah, sampai sini saja, kekeringan idea untuk menulis.
Wait for mee , lalalala.
Assalam :)


Kembali ke Dunia Blogger :)



Halo semua . ape kabar? Ooh, sungguh lama aku tak buka
blog aku ni. Malas sangat. Haahaa .Kalo malas sape suruh buat blog? weewee :p
Takpe, sekarang aku sudah punya mood nak kaji dunia BLOG nih. hehe .
Btw, aku sebenarnye baru abis SPM ~ Kirenya budak lepasan SPM la kan. hahakk.
Banyak masa aku yang terluang ni, aku boleh la manfaat kan untuk berBLOGGING. Hee~
So, sekarang aku boleh dikatakan masih baruAdess, mst susah nak kumpul
followers kan? haha, takpe la .janji dekat blog ni aku boleh luahkan segala 
rasa, perasaan, dan macam-macam laa. :)

Lastly Cik Anum
Welcome Back to Your Blog ,
ahahahak :D