Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie Bestt !



Tadi aku tengok NUR KASIH THE MOVIE 
dekat ECM. best sangat sangat !
Wuhhh feeling abis laaaa. Menyentuh perasaan, hati n jantung ^^
Serius tak tipu . . Bagi sesapa yang belum tengok,
baik pergi tengok . Best la jugak nak buat air mata
banyak banyak. HAHAHAHA .
Aku rasa nak nangis jugak tadi, ada la kuar 
dua titik air mata sebab nak cover dengan member sebelah.
KIHKIHKIH XD

Kisah ni sambungan tentang Adam dan Nur.
Kemudian, dalam cerita ni, isteri Aidil pun meninggal dunia
jugak sebab kemalangan jalan raya. .
Aidil ada dua orang anak sorang laki, 
sorang perempuan. Dan ada la kisah kisah nye ~ ehee ^^
Sambung balik citer pasal Nur ,Nur keguguran. . 
Jadi, Adam bawak la Nur pergi Jordan. 
Kat Jordan banyak insiden yang berlaku. *sedihh*
Dalam cerita ni jugak, Adam sakit .
Then blablablabla.. Tamat ~ HAHAHA.
Nak tau ending cerita ni camne ?
haa, pergi la tengok nanti ye .
Biar korang tengok dan rasa sendiri
jalan cerita nur kasih the movie nih macam mane.
Touched ! T_T
P/S : aku tak reti nak bercerita and rumusan aku tentang nur kasih agak berterabur.
so, kalau nak tau jalan cerita nih silalah ke pawagam berdekatan anda. PEACE! x)
mia sara sangat comel dan cute cute ! awww :D
Semua pelakon dalam cerita nih berjaya bawak
watak mereka.  . Tahniah & aku kasi 9 bintang 
untuk cerita nih,. Woo tinggi tak rating aku bagi.
KEHKEHKEH :)




Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


alololo comeynye bdk ni tido, HAHA. -sumber google-
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. 
Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam 
tubuh kita akan terkumpul dan ini akan 
mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah :
  • Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  • Tidak buang air kecil di pagi hari.
  • Terlalu banyak makan.
  • Tidak mengambil sarapan.
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  • Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, 
  • pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  • Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. 
  • Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun 
  • makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. 
  • Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, 
  • kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  • Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. 
  • Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. 
  • Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. 
Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita 
untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana .... Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am : juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan 
darah.Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

EHEEMM , actually aku copy dari facebook org je.
Saje nak share. Sharing is caring rite ? EHEE :DD
Aku ni pun dikategorikan seorang yang
TIDUR LEWAT BANGUN LAMBAT , HAHA ~

Monday, May 16, 2011

A Piece of Memories ,



Gambar ni di ambil kat sekolah tadi.
Pergi celebrate hari guru kat sekolah.
Whoaaa majlis memang best ! 
Then dapat la jumpa ngan member member semula.
Rindu giler laa. . .
Last time jumpa before masing masing bergerak
ke universiti mahupun matrik mahupun mana mana
tempat pengajian.
CHEERS ,











:: sumber dari HAZIRAH HAMZAH :) 
tq jirah xD