Thursday, May 12, 2011

Topup ohh Topup.


Assalamualaikum cik Anum ucapkan :D

Credit topup = Kredit tambah nilai
-Celcom, Maxis, Digi, Umobile, iTalk-

Tadi aku ke kedai topup area kawasan rumah aku ni la.
Hajat di hati nak beli topup tiga ringgit. Untuk no celcom.
Tapi bila aku mintak topup tiga ringgit, budak cina kat kedai
tu kata takde. Laaaa, bila pulak la topup tiga ringgit celcom takde ni. .
Setahu aku, kedai kat kawasan rumah aku ni masih jual 
topup tiga ringgit. . Tapi tak sangka pulak da tak jual. .
 Aku ni lak pokai takde duit. Nak topup tiga ringgit pun tak lepas.
Haihh topup topup. Nak dapat yang murah pun susah.
Pastu aku try jugak usha kedai lain, semuanya sama.
Tiada topup tiga ringgit. . Nak taknak aku beli la jugak yg lima -.-
Kecewa kecewa . .

Kalau dulu topup tiga ringgit ni senang je nak dapat.
Kat bandar pun ada. Tapi makin lama, kat bandar tak jual da topup
tiga ringgit. Dah tu kena caj pulak. Dua posen la, tiga posen la,
Lima posen pon ada. Mahal betul . . . = = "
Memang untung besar lah penjual penjual topup ni.
Dalam masa sehari mesti boleh capai ribuan ringgit.
Kita yang beli topup ni pulak, makin miskin jadinya ..

Nak cerita sikit la ni, aku start pakai fon waktu tingkatan dua.
Tu pun da hujung tahun. Waktu tu pakai fon nokia 3310.
Wahh masa tu rasa bangga gila bila tunjuk fon kat kawan. HAHAA.
Bila dikira nilai topup yang aku beli dari start pakai fon,
sampailah sekarang umur aku da 18 tahun,
nilai nya memang tak terkira. . .Kadang kadang tu ada
topup rm10, kadang kadang rm5, kadang kadang rm3.
Bila dicampur campur dalam masa 5tahun ni, aku rasa
memang cecah sampai ribuan ringgit laaa.Setuju ?
Baru duit topup tuu bebb. HAHAHAHA.
Aku rasa kalau dikumpul duit tu, boleh la jugak beli
laptop 3 bijik, kamera DSLR 2 bijik, 
sony ericsson xperia mini pro sebijik . HAHA. Betul tak?

Nasihat ayah aku dulu dulu ; *emm sekarang pon kena bebel
lagi kalau selalu beli topup. HAHAHA.*
"akak, cuba guna duit tu beli benda lain, buku ke,
baju ke, makanan ke, kan banyak faedahnya.Kalau beli
topup tu bole makan ke. . membazir je kan "
Betul gak kata kata beliau, tapinya aku ni sebagai seorang
remaja tak bole hidup tanpa kredit :D
Mesti rasa nak jugak ada kredit sebab nak
 mesej orang la, nak tepon orang la. . KEHKEH. . .
Jadi, untuk meng ada kan kredit dalam fon, kita
kena la topup jugak . . Membazir ? 
Kadang kadang rasa gak macam tu. .
Tapi takpelah, aku bahagia. HAHAHA :D

Konklusinya , pandai pandai lah kita balance kan
duit perbelanjaan kita untuk belanja topup dan barangan lain.
---Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitan. .--- 

p/s
Hidup zaman sekarang ni semuanya mahal. . .
Takde yang murah bukan ?
Sesungguhnya entri ni peringatan untuk aku, hee ~
Betapa banyaknya aku belanja untuk kredit fon -.-




13 comments:

Anisa Hang Tuah said...

nis tade kredit nihh
hehess

[sutera kasih] said...

kat sini susah nk jumpa topup rm3 huhu..skrg ni semua pun dh naik hrga, masuk tandas pun jrg2 dh 20sen..


ASAL AWEK CUN JE, MATA KAU TAK KELIP!!
FIRST INTERVIEW, AWAK DAH?
SAYA TAK SUKA PANGGILAN HANGIT!

deDetz said...

yalah~ susah suda mau jumpa top up rm3 nih..
hihihi~ terpaksa la beli yg rm5 punya..
zaman dah makin maju kann =D

Miss Shikio said...

hahaha~ betul2.. topup 3ringgit celcom dah xdak

Shikio pakai dua sim, celcom and maxis. lagi lah bnyk bajet kena kluarkan

tapi Shikio start pakai fon masa umo 19.. hahaha~ ketinggalan zaman betul

ABU said...

jimat asas kehidupan..oyeh!!

apik pehe said...

ahahha..ciannyer tak dapat topup..mesej pakwe ler tue...

*berkenaan course computer science tu..mmg ader belajar math..math untuk untuk kiter pikir logik dalam buat koding nanti...huhu..

tak susah la math, kalo ikot betol2..memang akan dapat kejar..huhu..

adib syazwan said...

memang da xde topp 3 celcom...ape la nak jd...sume mhl!

apik pehe said...

hehe..dah komen aritu kt sini...
kes hilang komen la ni..hehe..

Taufiq Wr said...

memang banyak kedai yg caj 5 posen..banyak tuh..huhuhuhu..cekik darah tol..

cik jelly chan said...

hehehe...
top up cel dah x der tiga hinggit...tensen2...tp betol gak bnyk duit dihabeskan dgn top up..

najihah sahami said...

hidup semua perlukan duit. erh..tensen!

amalina rahim said...

agreeeeeee! haha

cik anum said...

apik pehe : aah, komen apik yg aitu hilang la.. eheehe

Taufiq Wr : btul2,, topup pny caj yg mahal. haha

cik jelly chan : tu la, anum baru tau da takde topup tiga ringgit.. ketinggalan btul hahahaha

najihah sahami : duit oh duit :P

amalina rahim : yupp ! xD